UPM Institutional Repository

Penilaian Pendedahan Plumbum Dari Segi Perkembangan Mental Dan Fizikal Kanak-Kanak Sekolah Rendah Di Kawasan Perindustrian Dan Perbandaran, Malaysia


Citation

Raib, Junidah (2001) Penilaian Pendedahan Plumbum Dari Segi Perkembangan Mental Dan Fizikal Kanak-Kanak Sekolah Rendah Di Kawasan Perindustrian Dan Perbandaran, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian pendedahan plumbum di kalangan kanak-kanak telah dijalankan dengan menggunakan kepekatan plumbum darah, asid &-aminolevulinik urin (&-ALA urin) dan plumbum urin sebagai indikator. Ujian tahap cerdik pandai (IQ) dan ukuran antropometri juga telah dilakukan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perkaitan plumbum darah, asid &-aminolevulinik urin (&-ALA) dan plumbum urin ke atas tahap cerdik pandai (IQ) dan perkembangan fizikal kanak-kanak sekolah rendah. Seramai 269 orang kanak-kanak Melayu yang berumur dalam lingkungan 61;1 hingga 81;1 tahun iaitu 169 orang daripada kawasan bandar dan 100 orang daripada kawasan industri terpilih sebagai responden. Sampel darah responden diambil dengan menggunakan kaedah cucukan hujung jari dan kepekatan plumbum darah dan urin dicerap dengan menggunakan Spektrofotometer Serapan Atom Relau Grafit. Skor tahap cerdik pandai (IQ) kanak-kanak diukur dengan menggunakan 'McCarthy Scales of Children's Abilities Test' (MSCA) dan kepekatan asid &-aminolevulinik urin diukur dengan menggunakan Spektrofotometer UV/VIS melalui kaedah Satgunasingam et al., ( 1973).


Download File

[img] PDF
FPSK_M_2001_6_A.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Call Number: FPSK(M) 2001 6
Chairman Supervisor: Professor Madya Dr. Zailina Hashim
Divisions: Faculty of Medicine and Health Science
Depositing User: Mohd Nezeri Mohamad
Date Deposited: 18 Jul 2011 04:28
Last Modified: 12 Sep 2011 07:12
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/11217
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item