UPM Institutional Repository

Amalan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (Tqm) Di Beberapa Agensi Kerajaan


Citation

Hj.Jantan, Yakcob (1995) Amalan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (Tqm) Di Beberapa Agensi Kerajaan. [Project Paper Report]

Abstract

Kajian ini dibuat dengan tujuan untuk memahami kaedah pelaksanaan TQM di beberapa agensi kerajaan daripada perspektif penyelaras TQM. Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk mengetahui : ( l ) cara pelaksanaan TQM dan (2) ciri yang membawa kejayaan pelaksanaan TQM di agensi-agensi berkenaan. Kajian ini dijalankan ke atas enam buah agensi kerajaan yang menjadi calon Anugerah Kualiti Perdana Menteri tahun 1993 . Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif di mana data dikutip melalui temuduga tidak berstruktur. Selain daripada temuduga, dokumen yang mengandungi maklumat tentang TQM juga dikutip daripada informan dan dijadikan sebagai sumber data. Data dianalisis melalui proses membentuk kategori, mengekodkan data, mengkategori data dan melaporkan hasil temuan. Kajian ini menunjukkan perkara-perkara berikut dilakukan dalam pelaksanaan TQM: ( 1 ) menjalankan aktiviti penambahbaikan kualiti, (2) mewujudkan polisi kualiti, (3) membentuk struktur kualiti, (4) memberi latihan kepada setiap peringkat kakitangan tentang TQM, (5) mengawas aktiviti penambahbaikan kualiti dan kumpulan kualiti, (6) mengambil strategi baru dan (7) mengguna khidmat perunding dalam beberapa bidang tertentu terutama dalam bidang latihan.


Download File

[img] PDF
FPP_L_1995_10_A.pdf

Download (860kB)

Additional Metadata

Item Type: Project Paper Report
Call Number: FPP/L 1995 10
Chairman Supervisor: Dr. Hajah Mazanah Muhamad, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Mohd Nezeri Mohamad
Date Deposited: 18 Jul 2011 08:33
Last Modified: 09 Aug 2011 00:46
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/11141
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item