Simple Search:

Pelajar perlu sumbang kepakaran dalam bidang perhutanan negara – Dato’ Razani


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) Pelajar perlu sumbang kepakaran dalam bidang perhutanan negara – Dato’ Razani. [UPM News]

Abstract / Synopsis

SERDANG, 15 April– Pelajar digesa menyumbang keperluan dalam bidang perhutanan di negara ini untuk pembangunan sosio-ekonomi negara. Ketua Pengarah, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Dato’ Razani Ujang berkata ilmu dan kepakaran dalam bidang itu mampu menyumbang kepada pemeliharaan dan pemuliharaan hutan negara bagi mengelakkan kemusnahan hutan sebagai habitat flora dan fauna, sumber air bersih dan perubahan iklim. “Hubungan dan kerjasama sektor dalaman serta agensi amat penting dalam meningkatkan keberkesanan perlaksanaan dan undang-undang dalam memelihara dan memajukan bidang perhutanan di negara ini,” katanya dalam program Distinguished UPM Alumni Lecture Series: Living the Serdang Story (DALS) Siri ke-4 bertajuk ‘New Insight in Forestry’ di sini. Katanya lagi, sebagai alumni Fakulti Perhutanan UPM kelas 1978, beliau menyeru agar graduan fakulti itu melibatkan diri secara aktif dalam bidang perhutanan bagi memperoleh ilmu pengetahuan dan mampu menyumbang idea baru serta tenaga dalam bidang ini. DALS Siri Ke-4 merupakan program syarahan bersiri anjuran oleh Pusat Alumni dan Fakulti Perhutanan.


Download File

[img]
Preview
PDF
Pelajar_perlu_sumbang_kepakaran_dalam_bidang_perhutanan_negara.pdf

Download (121kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Anas Yahaya
Date Deposited: 17 Mar 2011 12:58
Last Modified: 27 May 2013 15:47
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10909
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item