UPM Institutional Repository

Kefahaman Konsep Pengikutan Dalam Organisasi


Citation

Abd. Rahman, Dania (1998) Kefahaman Konsep Pengikutan Dalam Organisasi. [Project Paper Report]

Abstract

Kajian juga menunjukkan bahawa perlu wujud satu keadaan tertentu dalam sesebuah organisasi untuk meransang pengikutan anggota secara berkesan. Antara keadaan yang dianggap ideal oleh responden ialah, penguatkuasaan undang-undang. tertentu, pemimpin mernahami kepentingan pengikut, pengikut sendiri rnernahami dan rnenghayati tanggungjawab dan peranan rnereka dalam organisasi dan rnereka rnendapat pengiktirafan tertentu dalam organisasi. Kajian juga menunjukkan pengikutan dalam sesebuah organisasi rnenghadapi berbagai isu dan cabaran. Antara isu-isu pengikutan yang dikenalpasti ialah anggota tidak faham matlamat organisasi, kebanyakkan pengikut adalah terikut-ikut, tidak tahu cara menegur ketua dan tidak faham tanggungjawab dan peranan mereka dalam organisasi. Selanjutnya kajian ini juga menunjukkan bahawa pengikut rnenaruh berbagaibagai pengharapan yang tinggi terhadap organisasi yang rnereka anggotai. Pada keseluruhannya mereka rnengharapkan organisasi dapat menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Responden juga rnengharapkan agar organisasi itu lebih responsif terhadap keperluan rnereka. Seterusnya mereka juga rnengharapkan rnatlamat organisasi rnestilah sesuai dengan perkernbangan semasa. Pada keseluruhannya hasil kajian ini menunjukkan bahawa pengikut pada dasarnya telah mula bersedia untuk rnenjadi pengikut yang baik kearah menepati fungsi dan peranan sebenar rnereka dalam sesebuah organisasi.


Download File

[img] PDF
FPP_1998_90_A.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Project Paper Report
Subject: Community leadership - Kelantan
Subject: Leadership
Call Number: FPP 1998 90
Chairman Supervisor: Associate Professor Dr. Azahari bin Ismail
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Mohd Nezeri Mohamad
Date Deposited: 25 May 2011 04:42
Last Modified: 27 Jul 2011 08:23
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10794
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item