Simple Search:

Sekolah Pengajian Siswazah Pengurusan UPM anjur persidangan berkaitan kewangan Islam


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) Sekolah Pengajian Siswazah Pengurusan UPM anjur persidangan berkaitan kewangan Islam. [UPM News]

Abstract / Synopsis

KUALA LUMPUR, 8 Mac– Sekolah Pengajian Siswazah Pengurusan Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Persidangan ‘Second Foundation of Islamic Finance Conference: Islamic Banking Product: Theory, Practice & Issues’, baru-baru ini. Persidangan itu bertujuan membincangkan secara serius isu-isu terkini berkaitan kewangan Islam yang merupakan industri dan disiplin ekonomi baru yang kian berkembang di negara ini. Selain itu, ia juga bertujuan menghasilkan jurnal dan penerbitan buku yang berkualiti tinggi berkenaan dengan kewangan Islam. Persidangan dua hari bermula 8 hingga 9 Mac itu diadakan dalam tiga kategori iaitu pembentangan kertas, perbincangan dan menyunting untuk menghasilkan terbitan berkaitan perbankan Islam. Antara penceramah yang hadir pada persidangan itu adalah Profesor Kewangan Bond University of Australia, Prof. Dr. Mohamed Ariff, Timbalan Dekan (Thesis Based Programme and Research), Sekolah Pengurusan Siswazah Pengurusan UPM, Prof. Dr. Shamser Mohamed Ramadili Mohd dan Pengarah National Centre of Excellence for Islamic Studies (NCEIS), University of Melbourne Australia, Prof. Abdullah Saeed. Persidangan itu dirasmikan oleh Timbalan Gabenor Bank Negara, Datuk Mohd. Razif Abdul Kadir.


Download File

[img]
Preview
PDF
Sekolah_Pengajian_Siswazah_Pengurusan_UPM_anjur_persidangan_berkaitan_kewangan_Islam.pdf

Download (97kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Muizzudin Kaspol
Date Deposited: 14 Mar 2011 12:43
Last Modified: 27 May 2013 15:46
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10727
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item