UPM Institutional Repository

Syurga Atau Neraka K12 Johan FESTIK 2011


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) Syurga Atau Neraka K12 Johan FESTIK 2011. [UPM News]

Abstract

SERDANG, 28 Feb.– Teater berjudul ‘Syurga atau Neraka’ yang diwakili oleh Kolej 12 berjaya menjuarai pertandingan Festival Teater Interkolej (FESTIK) 2011, Universiti Putra Malaysia (UPM). Kolej 12 turut memenangi dua anugerah iaitu Arahan/Adaptasi Nizam Shah Che Udat dan Pembantu Pelakon Lelaki Terbaik, Muhd Fakri Izzat. “Saingan dari Kolej Keenam dan Kolej Pendeta Za’ba agak hebat. Ternyata persiapan dan latihan yang telah kami adakan setiap hari selepas waktu kelas berbaloi,” kata pelajar semester akhir, program Bacelor Pengajian Pendidikan (TESL), Fakulti Pengajian Pendidikan UPM. “Teater ini mengisahkan bagaimana lima mayat yang mati dalam keadaan mengerikan bertemu sesama mereka dengan berkongsi saat kematian serta menginsafi perkara yang lalu. Teater sempena Maulidur Rasul 1432 Hijrah, memberi pengajaran dan iktibar kepada semua umat manusia untuk tidak melakukan kejahatan dan kembali kepada jalan yang benar sebelum terlambat. Naib johan dimenangi oleh Kolej Pendeta Za’ba yang membawa teater ‘Kalut sementara Kolej Keenam di tempat ketiga dengan teater ‘Sidang Kecil’. FESTIK yang masuk tahun keenam penganjuran di bawah kelolaan Kelab Penggiat Teater Sejagat (PENTAS) menawarkan 17 anugerah kepada 16 kumpulan dalam majlis yang dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPM, Prof. Dr. Mohd Fauzi bin Hj. Ramlan.


Download File

[img]
Preview
PDF
Syurga_Atau_Neraka_K12_Johan_FESTIK_2011.pdf

Download (152kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Muizzudin Kaspol
Date Deposited: 10 Mar 2011 05:42
Last Modified: 27 May 2013 07:46
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10598
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item