Simple Search:

Kajian ke Atas Logam Berat dalam Tanah dan Tisu Koko


Citation

Osman, Rozita (2002) Kajian ke Atas Logam Berat dalam Tanah dan Tisu Koko. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract / Synopsis

Terdapat laporan kehadiran logam berat seperti Cd, Cu, As dan Pb yang agak tinggi dalam biji koko dan hasilannya. Namun tiada bukti menunjukkan pencemaran logam berat berlaku semasa pemprosesan biji koko, pengangkutan atau penyimpanan. Ini mungkin disebabkan kehadirannya melalui pengambilan oleh tanaman daripada tanah. Pengurnpulan logarn berat dalam tanah dan tisu boleh hadir secara sernulajadi dalarn tanah serna sa proses luluhawa ataupun melalui amalan kultura dan pengurusan yang dijalankan dalarn sistem perladangan. Kajian logarn berat dalarn tanah dan tisu koko di Malaysia belurn dijalankan dengan rneluas. Justeru itu, kajian ini telah dijalankan dengan objektif utamanya untuk menentukan kepekatan logam berat dalam tanah dan tisu koko bagi tanah yang terbentuk daripada aluviurn dan andesit. Manakala objektif khususnya adalah untuk menentukan i) kepekatan Cd, Cu, Ni, Pb dan Zn dalarn tanah yang ditanarn dengan koko, ii) kaitan di antara pembolehubah tanah dengan kepekatan logam berat dalam tanah, iii) kebolehan tanah untuk menjerap Cd, Zn dan P dan iv) bentuk-bentuk Cd dan Zn dalam tanah. Kajian pertama melibatkan tujuh siri tanah yang terbentuk daripada aluvium (Briah, Gong Chenak, Serok, Jawa, Sejacob, Kampung Pusu dan Tok Yong) dan tiga sirl tanah yang terbentuk daripada andesit (Benta, Segamat dan Katong). Kepekatan Cd, Cu dan Ni dalam tanah yang terbentuk daripada andesit lebih tinggi daripada nilai yang dilaporkan bagi tanah di Malaysia. Secara amnya, tanah yang terbentuk daripada tanah volkanik basik (andesit) mengandungi logam berat yang lebih tinggi berbanding dengan aluvium pada kedalaman 0-20 sm kecuali bagi Pb. Kandungan logam berat jumlah (N


Download File

[img] PDF
FP_2002_13_A.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Heavy metals - Cocoa - Case studies
Call Number: FP 2002 13
Chairman Supervisor: Dr. Che Fauziah Ishak
Divisions: Faculty of Agriculture
Depositing User: Mohd Nezeri Mohamad
Date Deposited: 04 May 2011 16:17
Last Modified: 04 May 2011 16:18
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10589
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item