UPM Institutional Repository

Keberkesanan penggunaan modul penjelajahan ekosistem terhadap persepsi dan pemahaman pelajar sekolah menengah, pelajar universiti dan guru


Citation

Omar, Bisharuzi (2019) Keberkesanan penggunaan modul penjelajahan ekosistem terhadap persepsi dan pemahaman pelajar sekolah menengah, pelajar universiti dan guru. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Pengetahuan, sikap dan kesedaran pelajar terhadap alam sekitar merupakan satu isu yang diberikan penekanan pada masa kini. Pengetahuan dan pemahaman tentang modul pendidikan alam sekitar juga banyak dibangunkan oleh beberapa pihak. Bagi menjawab isu ini, Kumpulan Penyelidikan Pengurusan Ekosistem di UKM telah membina modul hutan, modul air dan modul tanah di mana modul ini dipanggil Modul Penjelajahan Ekosistem atau ringkasnya Ecosystem Discovery Journey (EDJ). Modul Penjelajahan Ekosistem telah digunakan sebagai sumber utama kumpulan penyelidikan Ekosistem (EDJ) dengan tujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan pemahaman peserta terhadap ekosistem. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti tahap persepsi, sikap dan kesedaran yang sedia ada terhadap ekosistem dalam kalangan pelajar sekolah menengah, pelajar universiti dan guru. Selanjutnya, menentukan perbezaan persepsi peserta program EDJ sebelum dan selepas menjalani program EDJ dalam kalangan pelajar sekolah menengah,pelajar universiti dan guru. Kajian ini juga mengenalpasti perbezaan pemahaman modul perserta EDJ sebelum dan selepas mengikuti program EDJ. Soal-selidik telah diedarkan kepada peserta sebelum dan selepas peserta menjalani program penjelajahan ekosistem (EDJ). Seramai 145 peserta kajian telah dipilih, iaitu 36 pelajar sekolah menengah, 71 pelajar universiti dan 38 orang guru. Analisis statistik deskriptif dan analisis statistik inferensi (Ujian Wilcoxson Rank dan ujian t berpasangan) digunakan di dalam kajian ini. Hasil daripada Ujian Wilcoxson Rank mendapati bahawa pelajar sekolah menengah menunjukkan peningkatan positif hanya untuk persepsi modul air, manakala pelajar universiti menunjukkan peningkatan positif bagi ketiga-tiga persepsi modul. Selain itu, perubahan positif bagi persepsi modul hutan dan modul tanah pula ditunjukkan oleh guru. Hasil ujian t-berpasangan kajian bagi pemahaman modul pula mendapati bahawa pelajar sekolah menengah, pelajar universiti dan guru menunjukkan berlakunya peningkatan positif terhadap modul hutan, modul air dan modul tanah. Tiga modul ini boleh dijadikan asas bagi pembangunan modul yang lain.


Download File

[img] Text
BISHARUZI BIN OMAR - IR.pdf

Download (906kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Environmental education
Subject: Sustainable development - Study and teaching
Call Number: FPAS 2022 1
Chairman Supervisor: Associate Professor Sabrina Ho Abdullah, PhD
Divisions: Faculty of Forestry and Environment
Depositing User: Ms. Rohana Alias
Date Deposited: 01 Feb 2024 06:33
Last Modified: 01 Feb 2024 06:33
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/105514
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item