Simple Search:

Kesan Campuran Baja Kimia P Larut dan Batuan Fosfatterhadap Anak Benih Kelapa Sawit


Citation

Ahmad Khariri, Rosmarina (1999) Kesan Campuran Baja Kimia P Larut dan Batuan Fosfatterhadap Anak Benih Kelapa Sawit. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract / Synopsis

Penggunaan campuran baja kimia P larut dan batuan fosfat adalah satu cara uotuk meningkatkan kecekapan batuan fosfat yang kurang reaktif. Adalah perlu untuk mengetahui pelepasan P dan campuran baja dan juga kecekapan carnpuran baja kimia P larut dan batuan fosfat di dalarn membekalkan P kepada tanaman serta faktor-faktor tanah yang mungkin mempengaruhi pelepasan P dari campuran baja kimia P dan batuan fosfat. Baja tripel superfosfat (TSP) sebagai baja kimia P larut dan batuan fosfat kepulauan Krismas (CIPR) sebagai sumber batuan fosfat telah digunakan untuk kajian ini. Anak benih kclapa sawit digunakan sebagai tanaman ujian. Tanah siri Munchong yang berasid (Tropeptic Haplorthox) dan tanah siri Merhamah yang berpH tinggi (Oxyaquic Hapludalt) digunakan di dalam kajian. Selaras dengan itu, tujuan kajian dijalankan adalah : (i) untuk menyukat pelepasan P dari campuran batuan fosfat dan baja kimia P larut di dalam tanah, (ii) untuk menilai kesan Ca dan pH di dalam tanah ke atas peJepasan P dari campuran batuan fosfat dan baja kimia P larut dan (iii) untuk menilai kesan campuran baja ke atas tumbesaran anak benih kelapa sawit


Download File

[img] PDF
FP_1999_25_A.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Fertilizers
Subject: Palms
Call Number: FP 1999 25
Chairman Supervisor: Associate Professor Aminuddin Hussin, PhD
Divisions: Faculty of Agriculture
Depositing User: Mohd Nezeri Mohamad
Date Deposited: 14 Apr 2011 08:35
Last Modified: 14 Apr 2011 08:37
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10448
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item