UPM Institutional Repository

Keberkesanan Baja Kalsium dan Pengairan Terhadap Kandungan Kalsium dalam Tisu Tanaman Mangga (Mangifera Indica, L) Pada Tanah Berkapur


Citation

Md Noor, Mohd Razi (1996) Keberkesanan Baja Kalsium dan Pengairan Terhadap Kandungan Kalsium dalam Tisu Tanaman Mangga (Mangifera Indica, L) Pada Tanah Berkapur. Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.

Abstract

Satu penyelidikan ladang telah dijalankan untuk menilai keberkesanan baja kalsium dan pengairan terhadap kandungan kalsium dalam tisu tanaman mangga (Mangifera indica, L) dan kejadian buah reput dalam mangga (BRDM) pada tanah berkapur di mana dijalankan juga penilaian dan pengkelasan tanah (mengikut Sistem Jabatan Pertanian Malaysia dan Pengkelasan Keupayaan Kesuburan). Dua kadar pengairan [tanpa pengairan (T) dan pengairan (A)] x tiga sumber baja Ca [tanpa baja Ca (CO), baja Ca(N03h (CN) dan baja Biomin Ca (CF)] berfaktorial disusun menggunakan Rekabentuk Rawak Blok Lengkap dengan empat replikasi. Pemeriksaan dan penilaian tanah berkapur [Bukit Bintang Sederhana (BBS), Bukit Bintang Dalam (BBD) dan Bukit Bintang Cetek (BBC)] menunjukkan bahawa tanah ini berlom dengan kandungan lempung di antara 18-35% dan kelodak > 30%. Kadar infiltrasi yang rendah (0. 14-1.30 em jam-I). Tanah ini juga berpH tinggi (7.23-8.44) dan kandungan karbon at > 50 g kg-I. Manakala kedalaman tanah ke lapisan padat berbeza-beza di mana BBS adalah 50-100 em, BBD adalah > 100 em dan BBC <50 em. Kelas kesesuaian tanah BBS adalah 3t(ed), BBD adalah 3t(d) dan BBC adalah 5eR(td). Kelas keupayaan kesuburan tanah BBS dan BBD adalah Ldb dan BBC adalah L'L"db. Tanah BBS dan BBD sesuai untuk kebanyakan tanaman manakala BBC terhad kepada tanaman yang berakar eetek sahaja.


Download File

[img] PDF
FP_1996_11_A.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Mangifera
Subject: Mango - Tropics
Call Number: FP 1996 11
Chairman Supervisor: Dr. Anuar Abdul Rahim
Divisions: Faculty of Agriculture
Depositing User: Mohd Nezeri Mohamad
Date Deposited: 30 Mar 2011 03:33
Last Modified: 30 Mar 2011 03:36
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10380
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item