Simple Search:

Kesan Kepekatan Nitrogen dan Kalium dalam Larutan Nutrien Terhadap Pertumbuhan Selada (Lactuca Sativa Cv. Poly) Pada Teknik Nutrien Cetek


Citation

A. Kazar, Mazuki (1993) Kesan Kepekatan Nitrogen dan Kalium dalam Larutan Nutrien Terhadap Pertumbuhan Selada (Lactuca Sativa Cv. Poly) Pada Teknik Nutrien Cetek. Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.

Abstract / Synopsis

Kajian mengenai kesan kepekatan nitrogen (100, 200, 300 dan 400 mg NIL) dan kalium (100, 200 dan 400 mg K/L) yang berbeza-beza di dalam larutan nutrien menggunakan teknik nutrien cetek ke atas hasil, kualiti, penyerapan nutrien dan keupayaan pertukaran kation akar (KPK-akar) oleh tanaman selada (Lactuca sativa var crispa cv. Poly) telah dijalankan. Persampelan tanaman dibuat pada 20, 30 dan 40 hari selepas penanaman dan diasingkan kepada bahagian akar dan bahagian atas. Apabila kepekatan nitrogen dalam larutan nutrien bertambah daripada 100 kepada 200 mg N/L, hasil (hasil berat basah dan berat kering) dan kualiti (hasil berat kering dan sukulen bahagian atas) meningkat tetapi menurun pada paras 400 mg N/L. Ini berlaku pada semua peringkat umur tanaman. Tanaman yang dirawat pada kepekatan 100-200 mg K/L memberikan hasil yang tertinggi. Kualiti selada tidak dipengaruhi oleh kepekatan kalium yang berbeza-beza dalam larutan nutrien. Interaksi di antara kepekatan nitrogen dan kalium tidak menunjukkan kesan yang bererti terhadap hasil dan kualiti tanaman selada. Secara umum, pertambahan kepekatan kalium dan pengurangan kepekatan nitrogen akan mengurangkan penyerapan (kandungan dan pengambilan) nutrien (N, P, K, Ca, Mg, Fe, Mn, Zn dan Cu) oleh bahagianbahagian tanaman pada ketiga-tiga peringkat umur tanaman. Terdapat interaksi yang bererti antara kepekatan nitrogen dan kalium dalam larutan nutrien terhadap penyerapan nutrien (terutamanya oleh bahagian akar) pada beberapa peringkat umur tanaman selada. Penyerapan nutrien yang tinggi didapati pada 200-300 mg NIL dan 100-200 mg K/L dalam larutan nutrien.


Download File

[img] PDF
FP_1993_3_A.pdf

Download (615kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Lettuce
Subject: Lettuce - Growth
Call Number: FP 1993 3
Chairman Supervisor: Dr. Aminuddin Hussin
Divisions: Faculty of Agriculture
Depositing User: Mohd Nezeri Mohamad
Date Deposited: 22 Mar 2011 09:14
Last Modified: 22 Mar 2011 09:16
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10334
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item