UPM Institutional Repository

Penerimaan Maklumat Teknologi Pertanian dalam Kalangan Pekebun Kecil Lada Hitam di Kawasan Penempatan Semula Asap Koyan, Belaga, Sarawak, Malaysia


Citation

Alan, Ribka (2008) Penerimaan Maklumat Teknologi Pertanian dalam Kalangan Pekebun Kecil Lada Hitam di Kawasan Penempatan Semula Asap Koyan, Belaga, Sarawak, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Lada hitam (Piper nigrum L.) merupakan tanaman komersial pilihan kepada penduduk di Penempatan Semula Asap-Koyan, Belaga sebagai sumber pendapatan mereka kerana mempunyai nilai pasarannya yang tinggi. Namun, penerimaan maklumat teknologi pertanian di kawasan luar bandar adalah terhad kerana kemampuan untuk memiliki alatan komunikasi masih kurang. Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi mengetahui penerimaan maklumat teknologi pertanian di kalangan pekebun kecil lada hitam. Penerimaan maklumat teknologi pertanian ditentukan dengan menggunakan kekerapan, kesesuaian dan kepentingan sumber maklumat yang diukur dengan menggunakan skala Likert. Pengumpulan data kajian dibuat menggunakan borang soal selidik yang perlu dijawab semasa temubual bersemuka dengan responden. Seramai 300 orang responden dipilih secara rawak mengikut jenis subsidi untuk mewakili 1,375 pekebun kecil lada hitam yang berdaftar. Data dianalisis menggunakan program 'Statistical Package for Social Science' (SPSS) versi 14.00. Hasil kajian dipersembahkan dalam bentuk statistik deskriptif dan pekali korelasi Spearman. Keputusan menunjukkan jenis maklumat yang amat diperlukan oleh responden berhubung dengan teknologi pertanian lada hitam adalah maklumat teknologi dan maklumat input berbanding maklumat pasaran, geografi dan pinjaman. Sumber komunikasi interpersonal pula diterima sebagai sumber maklumat yang sahih berbanding media cetak dan media elektronik kerana maklumat yang diberi oleh pegawai pertanian dianggap lebih tulen, mempunyai tahap kepercayaan yang tinggi dan dapat dilihat dengan nyata. Kajian juga menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara penerimaan maklumat dengan ciri-ciri demografi dan keusahawanan. Sebaliknya, hubungan signifikan yang positif dilihat bagi penerimaan maklumat teknologi pertanian dengan keperluan maklumat, kredibiliti sumber maklumat dan perhubungan dengan agen pengembangan. Kesimpulannya, penerimaan maklumat teknologi pertanian daripada sumber-sumber maklumat menunjukkan pe.tani lebih memilih kepentingan maklumat berbanding kekerapan dan kesesuaian maklumat. Ini jelas menunjukkan bahawa kepentingan maklumat yang diterima memberi idea kepada pembaharuan pengetahuan untuk meningkatkan hasil tanaman dan produk berasaskan pertanian. Sebagai cadangan, bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian maklumat pada masa akan datang diharapkan agar perancangan yang rapi perlu dibuat yang meliputi keperluan petani secara khusus dengan kos yang berpatutan.


Download File

[img] Text
FBMK_2008_14.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Pepper (Spice) - Agricultural informatics - Belaga - Sarawak
Call Number: FBMK 2008 14
Chairman Supervisor: Professor Madya Dr. Hj. Md. Salleh Hj. Hassan, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: kmportal
Date Deposited: 22 Mar 2011 02:30
Last Modified: 27 Mar 2024 01:43
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10332
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item