UPM Institutional Repository

Pandangan ahli sains terhadap penggunaan alkohol dalam produk kosmetik di Malaysia


Citation

Baharum, Nur Bahirah and Awang, Mohd Daud and Arshad, Syariena and Abd Gani, Siti Salwa and Abdullah, Amini Amir and Ghazali, Mohd Al’ikhsan (2022) Pandangan ahli sains terhadap penggunaan alkohol dalam produk kosmetik di Malaysia. Jurnal Al-Sirat, 22 (1). 84 - 94. ISSN 1823-4313; ESSN: 2785-9169

Abstract

Kajian terhadap penggunaan alkohol dalam produk kosmetik semakin berleluasa. Alkohol yang digunakan dalam kosmetik untuk memberi kebaikan pada wajah. Sehubungan dengan itu, kajian ini meneliti pandangan ahli sains terhadap penggunaan alkohol dalam produk kosmetik di Malaysia. Seterusnya daripada isu ini, timbul beberapa persoalan dalam kajian penulis. Persoalan pertama berkenaan dengan penggunaan alkohol yang terdapat dalam produk kosmetik menurut pandangan sains. Manakala, persoalan kedua tentang jenis sebatian alkohol dan fungsi keselamatannya kepada pengguna. Kajian ini yang menggunakan reka bentuk penyelidikan kajian kualitatif yang mana melibatkan kajian temu bual, kajian pemerhatian dan kajian makmal. Hasil kajian mendapati terdapat 13 sebatian alkohol yang telah dikenal pasti dalam sampel produk kosmetik iaitu 1,3-butanediol, 2-phenoxy ethanol, 1,2-pentanediol, octanol, ethanol, phenyl ethyl alcohol, benzyl alcohol, 2-propanol, benzene methanol, 1-hexanol, propylene glycol, isopropyl alcohol, dan citronellol. Kesemua alkohol yang dikaji berfungsi sebagai agen pembersih dan bahan pelarut yang sesuai dan selamat digunakan ke atas kulit. Walau bagaimanapun, alkohol dalam produk yang dikaji dihasilkan sebagai produk sampingan dari pemprosesan makanan, dan digunakan sebagai pembersih dan pelarut, oleh itu, tidak dianggap sebagai najis dan dibenarkan untuk digunakan. Kajian ini membuktikan bahawa produk kosmetik yang mengandungi alkohol adalah selamat digunakan oleh pengguna Islam sekiranya alkohol itu diproses melalui proses-proses tertentu iaitu semula jadi, penapaian, dan sintetik.


Download File

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Agriculture
Faculty of Human Ecology
Halal Products Research Institute
School of Business and Economics
Publisher: UNIPSAS
Keywords: Alcohol; Science; Save; Products cosmetics
Depositing User: Ms. Zaimah Saiful Yazan
Date Deposited: 04 Apr 2024 04:45
Last Modified: 04 Apr 2024 04:45
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/102437
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item