Simple Search:

Kesedaran dan Amalan Keselamatan Komputer dan Internet di Kalangan Pegawai dan Penolong Pegawai Sistem Maklumat di Lima Kementerian Persekutuan di Malaysia


Citation

Kim, Ching Thoo (2002) Kesedaran dan Amalan Keselamatan Komputer dan Internet di Kalangan Pegawai dan Penolong Pegawai Sistem Maklumat di Lima Kementerian Persekutuan di Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract / Synopsis

Penggunaan teknologi komumkasi di organisasi awam meningkat dari sehari ke sehari. Tidak dinafikan penggunaan komputer misalnya, telah meningkatkan produktiviti dan keberkesanan jabatan kerajaan. Walau bagaimanapun, isu pencerobohan ke atas laman web beberapa jabatan kerajaan menimbulkan dua persoalan; kesedaran keselamatan komputer/lnternet di kalangan kaki tangan sektor awam berada pada tahap rendah, dan langkah keselamatan komputer/lnternet yang digunapakai tidak efektif untuk menangani serangan berkenaan. Oleh yang demikian kajian ini dijalankan untuk melihat dua aspek, mengenal pasti tahap kesedaran keselamatan komputer/lnternet di kalangan kaki tangan organisasi awam pada persepsi Pegawai Sistem Maklumat dan Penolong Pegawai Sistem Maklumat, dan mengenal pasti amalan-amalan keselamatan komputer/Internet yang diamalkan oleh kaki tangan organisasi awam di Malaysia. Kajian ini menggunakan borang soal selidik untuk mendapatkan data daripada responden di lima kementerian. Data yang diperolehi seterusnya dianalisis dengan menggunakan perisian 'SPSS for Windows' versi 100. Hasil kajian secara umumnya mendapati kesedaran keselamatan komputer/lnternet kaki tangan organisasi awam pada persepsi responden berada pada tahap rendah. Majoriti responden juga mengatakan tahap keselamatan komputer/Internet organisasi awam juga berada pada tahap rendah. Kajian ini juga mendapati virus merupakan ancaman utama kepala laman web organisasi awam. Penggunaan perisian anti virus dan 'firewall' pula merupakan amalan keselamatan yang kerap digunakan. Secara umumnya pelaksanaan amalan keselamatan komputer/lnternet di kalangan responden berada pada tahap tinggi. Kajian juga mendapati penggunaan teknologi keselamatan Internet terkini seperti teknologi enskripsi di organisasi awam juga memuaskan. Oleh yang demikian, kaki tangan organisasi awam perlu diberikan pendedahan bagi meningkatkan kesedaran keselamatan komputer/Internet mereka. Sehubungan dengan ini juga, aspek latihan juga boleh menambahkan pengetahuan kaki tangan organisasi awam dalam usaha melengkapkan diri mereka untuk berdepan dengan isu keselamatan komputer/lnternet di sektor awam.


Download File

[img] PDF
FBMK_2002_20_A.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Computer security - Malaysia
Call Number: FBMK 2002 20
Chairman Supervisor: Professor Madya Dr. Musa Abu Hassan, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Nur Kamila Ramli
Date Deposited: 16 Mar 2011 03:53
Last Modified: 12 Sep 2011 06:45
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10236
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item