UPM Institutional Repository

Konflik kerja-keluarga, sokongan sosial keluarga dengan depresi dalam kalangan anggota polis di Jabatan Siasatan Jenayah di Selangor


Citation

Johari, Mohammad Arif and Ahmad, Sa’odah and Ismail, Zanariah (2022) Konflik kerja-keluarga, sokongan sosial keluarga dengan depresi dalam kalangan anggota polis di Jabatan Siasatan Jenayah di Selangor. Jurnal Pengurusan, 4 (1). 97 - 110. ISSN 0127-2713

Abstract

Kajian ini telah dijalankan untuk menentukan perkaitan antara konflik kerjakeluarga dan sokongan sosial keluarga dengan depresi dalam kalangan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah di Selangor. Seramai 336 anggota polis yang bekerja di Jabatan Jenayah telah dipilih sebagai responden kajian ini. Borang soal selidik yang diisi sendiri oleh responden telah digunakan untuk mengumpul data. Skala Work-Family Conflict Scale dan Family-Work Conflict Scale oleh Netemeyer, Boles & McMurrian (1996) digunakan untuk mengukur tahap konflik kerja-keluarga. Sokongan sosial keluarga (emosi dan instrumental) pula telah diukur dengan menggunakan Family Support Inventory for Workers oleh King, Mattimore, King & Adams (1995). Tahap depresi diukur dengan menggunakan skala Depression Anxiety Stress Scale (DASS-21) oleh Lovibond & Lovibond (1995). Hasil kajian menunjukkan terdapat perkaitan yang signifikan antara konflik kerja-keluarga, sokongan emosi dan sokongan instrumental dengan depresi responden. Kajian ini juga mendapati sokongan instrumental merupakan faktor peramal yang paling mempengaruhi depresi responden. Kajian ini menyimpulkan bahawa sokongan sosial keluarga dan persekitaran kerja-keluarga perlu diberi penekanan dalam sebarang program intervensi depresi anggota polis.


Download File

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Human Ecology
DOI Number: https://doi.org/10.55057/jdpg.2022.4.1.10
Publisher: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Work-family conflict; Family social support; Depression; Members of the Royal Malaysia Police
Depositing User: Ms. Che Wa Zakaria
Date Deposited: 22 Aug 2023 03:35
Last Modified: 22 Aug 2023 03:35
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.55057/jdpg.2022.4.1.10
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/102070
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item