UPM Institutional Repository

Kesedaran pelanggan tentangproduk dan perkhidmatan perbankan Islam di Bintulu, Sarawak


Citation

Latip, Malisah and Omar, Salmah and Abang Abai, Dayang Shobihah (2022) Kesedaran pelanggan tentangproduk dan perkhidmatan perbankan Islam di Bintulu, Sarawak. Labuan e-journal of muamalat & society, 16. pp. 22-34. ISSN 1985-482X; ESSN: 2672-7390

Abstract

Perbankan Islam, kekal sebagai sebahagian daripada landskap perkhidmatan kewangan arus perdana seperti yang digambarkan oleh prospek makro yang kukuh dan menjadi teras kepada pasaran dan aset kewangan Islam. Ianya semakin diterima sebagai alternatif untuk membina sistem kewangan yang komprehensif. Pertumbuhan demografidanekonomi di kebanyakan negara-negara Islam telah merangsang permintaan untuk produk perbankan patuh Syariah. Walaupun terdapat peningkatan dalam institusi perkhidmatan kewangan yang menawarkan produk perbankan Islam yang membawa kepada peningkatan tahap kesedaran pelanggan, ia juga telah meningkatkan tekanan persaingan di pasaran. Kajian ini dilaksanakan sebagai langkah untuk mengenalpasti tahap kesedaran pelanggan di Bintulu, Sarawak berkenaan produk dan perkhidmatan perbankan Islam. Seramai 436 respondenterlibat dalam kajian ini. Data dikumpul menggunakan borang soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 23. Hasil analisis mendapati, majoriti responden mengetahui produk perbankan Islam seperti akaun simpanan dan akaun semasa Al-Wadiah. Produk yang paling kurang popular dalam kalangan responden adalah Sukukiaitu bon Islam. Majoriti responden juga berminat untuk mengekalkan/menggunakan produk dan perkhidmatan perbankan Islam dalam tempoh 2 tahun pada masa akan datang. Justeru, pihak kerajaan dan bank hendaklah bekerjasama mempromosikan produk perbankan Islam untuk menarik perhatian pelanggan menggunakan seterusnya mengekalkan penggunaan produk perbankan Islam.


Download File

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Humanities, Management and Science
Publisher: Labuan e-journal of muamalat & society
Keywords: Customer awareness; Islamic banking; Sarawak; Malaysia; Shariah
Depositing User: Ms. Zaimah Saiful Yazan
Date Deposited: 04 Apr 2024 04:54
Last Modified: 04 Apr 2024 04:54
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/102045
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item