UPM Institutional Repository

Kesangsian terhadap agama: memetakan wacana-wacana Barat yang melingkari "Kemodenan" Abdullah Munsyi


Citation

Abdul Rani, Mohd Zariat (2022) Kesangsian terhadap agama: memetakan wacana-wacana Barat yang melingkari "Kemodenan" Abdullah Munsyi. Kemanusiaan, 29 (1). 145 - 168. ISSN 1394-9330

Abstract

Makalah ini bertitik tolak daripada pengamatan awal terhadap korpus kesarjanaan tentang Abdullah Munsyi, seorang tokoh yang diberikan gelaran “Bapa Kesusasteraan Melayu Moden”. Pengamatan ini menyerlahkan beberapa kecenderungan dalam kajian-kajian ilmiah sedia ada. Antara kecenderungan tersebut ialah perakuan terhadap “kemodenan” Abdullah Munsyi serta peranan Barat dalam soal kemodenan beliau. Selain itu ialah polemik tentang kewajaran Abdullah Munsyi menerima gelaran tersebut. Dalam konteks kecenderungan korpus yang sedemikian, makalah ini menghujahkan bahawa sejarah serta perkembangan intelektual di Barat memainkan peranan yang signifikan dalam usaha memahami kedudukan Abdullah Munsyi dalam sejarah dan kebudayaan Melayu. Justeru, makalah ini bertujuan untuk memetakan wacana-wacana Barat yang melingkari soal “kemodenan” Abdullah Munsyi, dan seterusnya mengenal pasti idea utama yang menyatukan wacana-wacana tersebut. Makalah ini berhasil dalam memetakan Sekularisme dan Modenisme sebagai wacana-wacana yang terlebih dahulu timbul di Barat, yang kemudiannya melingkari perbahasan tentang “kemodenan” Abdullah Munsyi. Pemetaan ini turut memungkinkan pengenalpastian idea utama yang menunjangi kedua-dua wacana tersebut, iaitu kesangsian terhadap agama terutamanya autoriti keagamaan yang melingkari gelaran “Bapa Kesusasteraan Melayu Moden” kepada Abdullah Munsyi.


Download File

Full text not available from this repository.
Official URL or Download Paper: http://web.usm.my/kajh/vol29_1_2022.html

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
DOI Number: https://doi.org/10.21315/kajh2022.29.1.7
Publisher: Penerbit Universiti Sains Malaysia
Keywords: Abdullah Munsyi; Father of Modern Malay Literature; Religion; Religious authority; Western discourses
Depositing User: Ms. Che Wa Zakaria
Date Deposited: 22 Sep 2023 23:59
Last Modified: 22 Sep 2023 23:59
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.21315/kajh2022.29.1.7
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/102043
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item