UPM Institutional Repository

Kemahiran membaca murid disleksia dalam literasi Bahasa Melayu


Citation

Subramaniam, Vijayaletchumy and Kunasegran, Kavenia (2022) Kemahiran membaca murid disleksia dalam literasi Bahasa Melayu. Jurnal Bahasa, 22 (2). 329 - 346. ISSN 1511-9084; ESSN: 2462-1889

Abstract

Masalah literasi merupakan aspek yang paling signifikan dalam proses pembelajaran murid disleksia. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kemahiran membaca dalam literasi bahasa Melayu dalam kalangan murid disleksia. Sampel kajian terdiri daripada 10 murid disleksia yang dipilih daripada Persatuan Disleksia Malaysia. Kaedah kajian gabungan (mixed-method)Â dijalankan untuk mengenal pasti masalah bacaan mengikut adaptasi konstruk LINUS 2.0 Literasi Bahasa Melayu yang dibangunkan oleh Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia dalam kalangan kanak-kanak disleksia. Masalah membaca mengikut konstruk LINUS 2.0 Literasi Bahasa Melayu diukur berdasarkan konstruk dalam Diagnostik Literasi Kemahiran Membaca Bahasa Melayu Murid Disleksia. Diagnostik ini digunakan untuk menilai 12 kemahiran membaca dalam pencapaian membaca konstruk literasi murid disleksia. Setiap kemahiran membaca mempunyai lima item untuk dibaca. Diagnostik ini mempunyai 12 kemahiran yang dinilai berdasarkan tahap perkembangan minda murid disleksia dalam aspek pembacaan. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa murid disleksia mempunyai tahap literasi yang lemah dalam aspek pembacaan bahasa Melayu. Daripada kajian ini, pengkaji telah menghasilkan satu pendekatan konstruk literasi baharu yang sesuai untuk murid disleksia. Berdasarkan kemampuan aspek pembacaan subjek kajian dalam penyelidikan ini, pengkaji merumuskan bahawa pengetahuan grafem-fonem dan segmentasi suku kata tidak memuaskan. Dapatan kajian ini memberikan impak kepada Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia supaya perancangan kurikulum murid disleksia dapat diteliti. Hasil kajian ini juga berimpak kepada guru disleksia supaya mereka dapat merancang pengajaran dan pembelajaran agar sesuai dengan tahap perkembangan minda murid disleksia di Malaysia


Download File

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
DOI Number: https://doi.org/10.37052/jb22(2)no7
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
Keywords: Kemahiran membaca; Literasi; Bahasa Melayu; Diagnostik; Disleksia; Pencapaian membaca
Depositing User: Ms. Zaimah Saiful Yazan
Date Deposited: 04 Apr 2024 04:48
Last Modified: 04 Apr 2024 04:48
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.37052/jb22(2)no7
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/102036
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item