Simple Search:

Empat calon jawatan tertinggi UPMISA menang tanpa bertanding


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) Empat calon jawatan tertinggi UPMISA menang tanpa bertanding. [UPM News]

Abstract / Synopsis

SERDANG, 23 Feb – Pemilihan jawatan bagi Universiti Putra Malaysia International Students Association (UPMISA) sesi 2011/2012 menyaksikan empat pelajar yang dicalonkan untuk mengisi jawatan tertinggi menang tanpa bertanding. Mereka adalah Mustapha Umar Imam dari Nigeria yang memenangi kerusi presiden, Hadi Naji Esfahami dari Iran (Timbalan Presiden), Atta Hussain Shah dari Pakistan (Setiausaha Agung) dan Hamdan Yahya Ahmed Al-ruhaimi dari Yemen (Setiausaha Bendahari). Pengerusi Jawatankuasa Pilihanraya UPMISA, Mustapha Abu Bakar, berkata, kemenangan mereka berikutan tiada pencalonan lain untuk mengisi jawatan itu sehingga tempoh penamaan calon ditutup. “Tempoh penamaan calon telah dibuka pada 10 Februari 2011 dan kami tidak menerima pencalonan lain selain empat calon itu,” katanya ketika ditemui selepas proses pemilihan yang diadakan di Dewan Pertanian, Fakulti Pertanian UPM di sini. Menurut beliau, pada pemilihan UPMISA kali ini, hanya satu jawatan yang dipertandingkan iaitu jawatan Penolong Setiausaha Agung. Bagi jawatan itu terdapat tiga calon yang bertanding iaitu Nadya Abdul Wahab dari Ethiopia, Khamis Msele Khamis (Tanzania) dan Myint Thuzar (Myanmar). Pembuangan undi telah diadakan sebanyak dua kali ekoran dua calon iaitu Myint Thuzar dan Msele Khamis menerima undi yang sama iaitu sebanyak lima undi manakala Nadya memperoleh empat undi sahaja daripada 14 undi keseluruhan. Nadya telah terkeluar dari senarai pencalonan dan pembuangan undi kali kedua dilakukan keputusan memihak kepada Msele Khamis dengan memperoleh sembilan undi, manakala Myint Thuzar dengan lima undi. Sementara itu, Mustapha Umar yang baru memenangi jawatan presiden berjanji akan memberi khidmat yang terbaik dalam persatuan itu bagi memastikan kebajikan pelajar antarabangsa lebih terjamin. “Selain itu kami juga berhasrat untuk memperluaskan hubungan pelajar antarabangsa UPM dengan universiti lain bagi memperkukuhkan hubungan antara satu sama lain,” katanya. UPMISA dianggotai 2,600 pelajar antarabangsa UPM dari 22 negara, antaranya Iran, Iraq, Filipina, India, Indonesia, Bangladesh, Somalia, Arab Saudi, Uganda, Sudan, Jerman dan termasuk penyertaan baru dari Mauritius, Maldives dan China.


Download File

[img]
Preview
PDF
UPMISA.pdf

Download (97kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Muizzudin Kaspol
Date Deposited: 28 Feb 2011 17:11
Last Modified: 27 May 2013 15:45
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10187
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item