UPM Institutional Repository

Penjabaran Semiotik dalam Puisi-Puisi Suhaimi Haji Muhammad


Citation

Shaidan, Mohamad (2001) Penjabaran Semiotik dalam Puisi-Puisi Suhaimi Haji Muhammad. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini merupakan penelitian terhadap 21 buah kumpulan puisi Suhaimi Haji Muhammad melalui pendekatan semiotik yang dikemukakan oleh Charles Sanders Peirce. Semiotik atau ilmu tanda melihat sesuatu, termasuk bahasa sebagai sistem tanda dan manusia dalam kehidupannya dikelilingi oleh tanda dan berfikir dalam tanda. Peirce dalam teori semiotiknya mengkategorikan tiga jenis tanda yang dinamakannya sebagai simbol, indeks, dan ikon. Setiap jenis tanda ini mempunyai ciri-cirinya yang menjadi syarat penting membezakan antara satu tanda dengan tanda yang lain. Berdasarkan tiga jenis tanda semiotik inilah puisi-puisi Suhaimi Haji Muhammad dikaji. Kajian ini juga membuktikan bahawa puisi-puisi yang sukar difahami maknanya, dapat digali dan dihuraikan maknanya melalui pendekatan semiotik. Ini menunjukkan semiotik merupakan pendekatan yang sesuai dan tepat untuk diterapkan dalam karya-karya yang sukar difahami. Hasil kajian pula menunjukkan puisi-puisi Suhaimi Haji Muhammad lebih banyak menggunakan tanda simbol daripada tanda indeks atau ikon. Banyaknya tanda simbol dalam puisi-puisi Suhaimi Haji Muhammad menjadi satu daripada faktor puisi-puisinya sukar difahami. Hal ini demikian kerana tanda simbol lebih menuntut pemikiran daripada pembaca untuk memahami makna puisi-puisinya. Dengan memahami tanda simbol terlebih dahulu, baharulah makna puisi dapat difahami. Tanda indeks yang digunakan oleh Suhaimi pula berperanan memperkaya dan memperluas pandangan pembaca tentang hidup dan kehidupan ini. Tanda ikon yang digunakannya pula mempunyai daya estetik yang tinggi dan dapat menarik pembaca.


Download File

[img] Text
FBMK_2001_13.pdf

Download (395kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Malay poetry - Semantics
Call Number: FBMK 2001 13
Chairman Supervisor: Kamaruzzaman Abdul Kadir
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Nur Kamila Ramli
Date Deposited: 10 Mar 2011 02:51
Last Modified: 15 Mar 2024 07:21
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10138
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item