UPM Institutional Repository

Puisi-Puisi Zaihasra: Satu Kajian Pesimisme


Citation

Abas, Hasni (2001) Puisi-Puisi Zaihasra: Satu Kajian Pesimisme. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Tesis ini merupakan kajian terhadap puisi-puisi Zaihasra yang ditulis sepanjang tempoh pengkaryaannya dari awal tahun 1970-an hingga akhir tahun 1980-an, yang telah dikumpulkan di dalam kumpulan puisinya Dalam Pelarian Satu, Dalam Pelarian Tiga, Balada Tun Fatimah, Laut Pohon dan Kota, dan Akuarium Kota kumpulan puisi bersama Siti Zainon Ismail. Kajian ini menggunakan pendekatan psikologi Fenomenologi Humanistik yang diasaskan oleh Carl Rogers, yang berpendapat tingkah laku manusia bukan sahaja dipengaruhi oleh pengalaman dalaman mereka tetapi juga dipengaruhi oleh persekitaran luaran. Zaihasra merupakan salah seorang penyair wanita Malaysia yang penting dalam sejarah perkembangan sastera Melayu. Sepanjang tempoh pengkaryaan beliau di antara tahun 1970-an hingga 1980-an, beliau telah 7 kali memenangi Hadiah Sastera Malaysia. Namun begitu ketokohannya tidak mendapat banyak perhatian daripada para pengkaji. Satu hal yang menarik tentang puisi-puisi Zaihasra ialah aspek pesimisme yang terdapat dalam puisi-puisi beliau. Melalui pendekatan Psikologi Fenomenologi Humanistik yang digunakan, pesismisme begitu jelas terlihat di dalam puisi-puisi Zaihasra yang ditulis sepanjang pengkaryaan beliau. Hal ini jelas kelihatan pada puisi-puisi beliau terutamanya yang ditulis pada akhir tahun 1970-an dan juga sebelum beliau meninggal dunia pada akhir tahun 1989. Pesimisme yang terdapat dalam puisi-puisi Zaihasra banyak mempunyai perkaitan dengan latar belakang kehidupan dan peristiwa yang terjadi dalam kehidupannya. Hasil kajian ini juga menunjukkan walaupun puisi-puisi Zaihasra mempunyai sikap, perasaan, nada dan mesej yang pesimisme tetapi puisi-puisi beliau masih mempunyai estetika yang diperlukan dalam sesebuah puisi. Puisi-puisi Zaihasra masih mempunyai kepelbagaian diksi yang membawa kepada keseimbangan bentuk dalaman dan luaran serta memberikan kesatuan idea atau mesej yang ingin disampaikan, yang memberikan tahap keestetikaan di dalam sesebuah puisi.


Download File

[img] Text
FBMK_2001_11.pdf

Download (550kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Malay poetry - Pessimism
Subject: Pessimism in literature
Call Number: FBMK 2001 11
Chairman Supervisor: Encik Kamaruzzaman bin Abdul Kadir
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Nur Kamila Ramli
Date Deposited: 10 Mar 2011 01:29
Last Modified: 15 Mar 2024 06:45
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10134
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item