UPM Institutional Repository

Barkod DNA spesies koya (Hemiptera: Pseudococcidae) dan semut (Hymenoptera: Formicidae) yang berasosiasi dengan tanaman nanas di Bintulu, Sarawak, Malaysia


Citation

Mohammed, Muhamad Azmi and Aman-Zuki, Ameyra and Buang, Marthiuz Ghany and Hamdan, Nur Hasanah and Sani, Martha and King, Patricia Jie Hung and Yaakop, Salmah (2022) Barkod DNA spesies koya (Hemiptera: Pseudococcidae) dan semut (Hymenoptera: Formicidae) yang berasosiasi dengan tanaman nanas di Bintulu, Sarawak, Malaysia. Serangga, 27 (3). 38 - 53. ISSN 1394-5130

Abstract

Tanaman nanas merupakan antara tanaman komoditi yang signifikan di Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak. Namun begitu, tanaman nanas ini tidak terlepas dari serangan serangga perosak seperti koya yang berperanan sebagai vektor kepada penyakit Pineapple Mealybug Wilt-associated Virus (PMWaV) yang mampu mengurangkan hasil dan kualiti penghasilan nanas. Pengusaha nanas mengalami kesukaran dalam mengawal dan mengenalpasti spesies koya yang menyerang tanaman nanas disebabkan oleh saiznya yang kecil dan mempunyai variasi yang tinggi dengan dan antara spesies yang hampir. Maka, kajian ini bertujuan untuk melakukan pengecaman spesies koya dan semut yang berasosiasi dengan tanaman nanas di Sarawak dengan mengunakan analsisis DNA barkod. Pensampelan aktif bagi sampel koya dan semut telah dijalankan ditiga lokasi penanaman nanas di bahagian Bintulu, Sarawak, Malaysia (Samarakan, Kuala Tatau dan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB)). Tiga spesies koya yang berasosiasi dengan tanaman nanas di Bintulu telah berjaya dikenalpasti iaitu Dysmicoccus brevipes (Cockerell), Ferrisia virgata (Cockerell) dan Planococcus minor (Maskell), serta lima spesies semut iaitu Anoplolepis gracilipes (Smith), Meranoplus bicolor (Guérin-Méneville), Iridomyrmex anceps (Roger), Tapinoma indicum (Forel) dan Crematogaster sp. Hasil kajian ini dapat membantu dalam pengecaman spesies yang tepat dan menambahbaik senarai spesies koya dan semut yang berasosiasi dengan tanaman nanas di Sarawak khasnya dan Malaysia amnya. Selain itu, hubungan simbiosis di antara koya dan semut sebagai agen penyebaran bagi koloni koya di kawasan penanaman nanas turut dibincangkan. Pengenalpastian spesies yang jitu diharap dapat membantu pengusaha dalam membangunkan kaedah pengawalan serangga perosak yang lestari.


Download File

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Agricultural Science and Forestry
Publisher: Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Identification; Insect pest; Vector; Symbiosis; Pseudococcidae
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 29 Nov 2023 06:45
Last Modified: 29 Nov 2023 06:45
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/100508
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item