Siaran Radio Sebagai Sumber Maklumat di Kalangan Masyarakat Melayu di Lembah Pantai

Abdul Rahman, Saiful Nujaimi (2001) Siaran Radio Sebagai Sumber Maklumat di Kalangan Masyarakat Melayu di Lembah Pantai. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
1421Kb

Abstract

Siaran Berita Radio sebagai penyampai maklumat kepada khalayak sudah berakar dalam masyarakat Melayu di Malaysia. Namun, ledakan teknologi komunikasi yang berlaku pada alaf lepas telah memungkinkan peranan tersebut diambil alih oleh medium komunikasi lain yang jauh lebih canggih seperti Internet. Berpandukan perspektif itu, kajian ini telah dibentuk bagi menjawab beberapa persoalan iaitu (1) sejauh manakah relevannya radio kepada masyarakat Melayu bagi mendapatkan maklumat terkini sedangkan telah wujud pelbagai peralatan canggih yang jauh lebih efisien; (2) apakah persepsi masyarakat Melayu terhadap kerelevanan siaran radio dan siaran Berita Radio sebagai saluran penyampai maklumat; (3) apakah tujuan masyarakat Melayu mendengar siaran radio dan siaran Berita Radio; (4) berapa kerapkah radio dimanfaatkan oleh masyarakat Melayu untuk mendengar siaran Berita Radio? Objektif umum kajian ialah untuk mengetahui corak pendengaran siaran radio dan siaran Berita Radio masyarakat Melayu Lembah Pantai serta persepsi mereka tentang keberkesanan siaran radio sebagai penyebar maklumat. Andaian kajian dibentuk berasaskan pelbagai teori yang relevan iaitu Teori penggunaan dan pemuasan dan Teori fungsi-fungsi media, Populasi kajian ialah masyarakat Melayu di Lembah Pantai. Seramai 400 telah terpilih bagi kajian ini. Sampel itu kemudiannya dibahagi kepada lima kategori pekerjaan: kerajaan, swasta, sendiri, suri rumah, dan pelajar. Kategori-kategori tersebut dibentuk bagi mempastikan pandangan kesemua lapisan masyarakat Melayu di Lembah Pantai terhadap radio diperolehi. Bagi memperolehi data, kajian ini menggunakan "purposive sampling " setelah merujuk kepada Jabatan Perangkaan dan Statistik Negara, Kuala Lumpur bagi mendapatkan maklumat terperinci tentang lokasi penduduk Melayu Bangsar dan Pantai Dalam. Hasil kajian menemui: (1) peningkatan kematangan pendengar komunikasi kontemporari dalam memilih medium yang sesuai dengan situasi kerja bagi mendapatkan maklumat; (2) perancangan program radio perlulah mengikut format pilihan semasa iaitu irifotainment; dan (3) perlunya kerjasama semua pihak dalam penyebaran maklumat, demi melahirkan masyarakat bermaklumat seiring era dunia tanpa sempadan. Tegasnya, format siaran radio dan siaran Berita Radio perlu sentiasa diolah agar radio sentiasa menjadi medium komunikasi yang relevan sepanjang zaman.

Item Type:Thesis (Masters)
Subject:Radio broadcasting - Klang Valley
Chairman Supervisor:Professor Madya Dr. Hj. Md. Salleh Hj. Hassan
Call Number:FBMK 2001 5
Faculty or Institute:Faculty of Modern Language and Communication
ID Code:9936
Deposited By: Nur Kamila Ramli
Deposited On:25 Feb 2011 07:45
Last Modified:12 Sep 2011 04:46

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 25 Feb 2011 07:45.

View statistics for "Siaran Radio Sebagai Sumber Maklumat di Kalangan Masyarakat Melayu di Lembah Pantai"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.