Teknologi Komunikasi di Organisasi Awam: Faktor-Faktor Berkaitan Penggunaan Komputer

Yaacob, Zamre (2001) Teknologi Komunikasi di Organisasi Awam: Faktor-Faktor Berkaitan Penggunaan Komputer. Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.

[img] PDF
908Kb

Abstract

Penggunaan komputer dalam organisasi awam akan membawa impak yang menyeluruh kepada prestasi perkhidmatan awam kerana penggunaan komputer boleh mempelbagaikan kaedah penyampaian perkhidmatan organisasi kepada pelanggan; meningkatkan produktiviti dan kecekapan; serta memperbaiki mutu perkhidmatan. Bilangan komputer yang banyak dalam organisasi bukan satu jaminan bahawa kakitangannya akan menggunakan sepenuhnya. Oleh kerana itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor berkaitan penggunaan komputer di kalangan kakitangan organisasi awam di Semenanjung Malaysia. Faktor-faktor yang di analisis terdiri daripada faktor peringkat individu. organisasi dan persekitaran. Kajian ini juga bertujuan untuk menentukan perkaitan di antara angkubah bebas kajian yang terpilih dengan jangkamasa penggunaan komputer dalam organisasi; perbezaan yang terdapat dalam angkubah bebas kajian terpilih terhadap jangkamasa penggunaan komputer; dan untuk mengetahui angkubah bebas kajian yang paling kuat menyumbang terhadap jangkamasa penggunaan komputer. Kajian ini menggunakan borang soalselidik untuk mendapatkan data daripada 163 orang responden dari 48 organisasi awam yang telah memberikan maklumbalas. Data dianalisis menggunakan peri sian 'Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) for Windows' versi 10.0.1. Hasil kajian dibentangkan dalam bentuk diskriptif iaitu meliputi peratus, min dan sisihan piawai. Ujian statitik Pekali Korelasi Spearman, Ujian T, Ujian Anova Sehala dan Ujian Regrasi Berganda digunakan untuk menguji hipotesis kajian. Hasil kajian mendapati tahap pengetahuan aplikasi komputer respond en secara umumnya adalah baik. Sementara itu kemahiran aplikasi komputer, sikap terhadap penggunaan komputer, kebimbangan komputer, sokongan organisasi terhadap penggunaan komputer, galakkan kumpulan rujukan untuk penggunaan komputer dan penggunaan komputer kumpulan rujukan adalah pada tahap sederhana. Kemudahan komputer yang disediakan oleh pihak organisasi untuk kakitangan adalah memuaskan tetapi penyediaan kemudahan internet masih lagi rendah. Tahap penggunaan komputer responden adalah agak tinggi tetapi majoriti menggunakannya untuk tujuan menaip. Selain itu individu yang mempunyai sikap positif terhadap penggunaan komputer, mempunyai pengalaman menggunakan komputer yang lama, mempunyai tahap kemahiran aplikasi yang tinggi, mendapat sokongan tinggi dari organisasi dan penggunaan komputer kumpulan rujukan yang tinggi akan lebih lama menggunakan komputer. Sementara individu yang lebih tua dan mempunyai tahap kebimbangan komputer yang tinggi mempunyai tahap penggunaan komputer yang rendah. Responden perempuan pula didapati mencatatkan jangkamasa penggunaan komputer yang lebih lama berbanding lelaki. Hasil kajian juga menunjukkan kemahiran aplikasi komputer adalah angkubah bebas yang paling kuat menyumbang kepada jangkamasa penggunaan komputer dalam organisasi. Oleh itu, untuk meningkatkan penggunaan komputer dalam organisasi, pihak majikan hendaklah menyediakan kemudahan komputer yang mencukupi dan menyediakan persekitaran keIja yang menyokong penggunaan komputer. Sementara bagi pihak kakitangan pula, mereka mestilah menanamkan minat dan sikap yang positif terhadap penggunaan komputer dan bersedia untuk belajar bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam menggunakan komputer.

Item Type:Thesis (Masters)
Subject:Telecommunication
Subject:Communication
Chairman Supervisor:Narimah Ismail, PhD
Call Number:FBMK 2001 4
Faculty or Institute:Faculty of Modern Language and Communication
ID Code:9935
Deposited By: Nur Kamila Ramli
Deposited On:25 Feb 2011 07:41
Last Modified:25 Feb 2011 07:45

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 25 Feb 2011 07:41.

View statistics for "Teknologi Komunikasi di Organisasi Awam: Faktor-Faktor Berkaitan Penggunaan Komputer"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.