Cerminan Sosial dan Nilai Murni Dalam Novel-Novel Remaja

Selamat, Jumali (2001) Cerminan Sosial dan Nilai Murni Dalam Novel-Novel Remaja. PhD thesis, Universiti Pertanian Malaysia.

[img] PDF
4Mb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mendapat maklumat dan rumusan tentang cerminan sosial dan penerapan nilai murni dalam novel-novel remaja. Melalui 25 novel yang dijadikan bahan kajian dengan menggunakan teori Pencerminan dan Pengkaedahan Melayu, diharapkan dapat menemukanan rumusan yang memperkukuhkan lagi kenyataan bahawa sosiologi sastera mempunyai hubungan langsung dengan kehidupan manusia. Objektif kajian ini untuk melihat gagasan pemikiran tentang sastera sebagai cerminan sosial dan kaitannya dengan kelompok di luarnya. Seterusnya, penelitian tertumpu kepada penganalisisan nilai-nilai murni yang memaparkan sifat-sifat terpuji, berbudi pekerti, bersopan santun dan berakhlak mulia yang mampu melahirkan generasi berilmu dan syumul. Penyelidikan ini menyentuh beberapa kajian lalu yang memperkatakan tentang perkembangan kesusasteraan remaja. Pembicaraan konsep dan peranan sastera remaja turut dibincangkan dengan memberi tumpuan terhadap pengertian remaja dalam konteks Malaysia, konsep dan sejarah ringkas pertumbuhan sastera remaja tanah air. Selanjutnya, faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan dan beberapa keperluan novelis serta masa depan sastera remaja. Turut dibincangkan ialah peranannya selain memberi hiburan dan pengajaran, sastera remaja juga berupaya membentuk minat membaca, membina sahsiah dan pemikiran kritis serta memupuk semangat kewarganegaraan di kalangan remaja. Kajian ini juga menganalisis cerminan sosial yang merangkumi aspek politik, ekonomi, budaya dan agama dalam karya-karya pilihan. Aspek-aspek ini akan diteliti sewajar mungkin untuk melihat hubungannya dengan realiti dalam masyarakat. Melalui penyelidikan ini diharapkan dapat memperkukuhkan lagi pandangan bahawa hasil seni kesusasteraan merupakan pengucapan atau ekspresi pengarang yang tinggi lagi mulia. Seterusnya, penganalisisan nilai murni dan pecahannya pula mendasari enam belas nilai murni seperti dicadangkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pendidikan Malaysia. Penyemaian dan penghayatan nilai-nilai murni turut membantu melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan kepada agama, masyarakat dan negara.

Item Type:Thesis (PhD)
Subject:Young adult literature, Malay - Sociological aspects
Chairman Supervisor:Dr. Hj. Ramli @ Sahari Bin Isin
Call Number:FBMK 2001 2
Faculty or Institute:Faculty of Modern Language and Communication
ID Code:9931
Deposited By: Nur Kamila Ramli
Deposited On:25 Feb 2011 07:37
Last Modified:25 Feb 2011 07:38

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 25 Feb 2011 07:37.

View statistics for "Cerminan Sosial dan Nilai Murni Dalam Novel-Novel Remaja"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.