UPM Institutional Repository

Dunia Kewartawanan dan Gaya Penulisan dalam Novel-Novel A. Samad Ismail


Citation

Abu Bakar, Siti Saniah (2000) Dunia Kewartawanan dan Gaya Penulisan dalam Novel-Novel A. Samad Ismail. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini berdasarkan empat buab novel iaitu Patab Sayap Terbang Jua (PSTJ), Tembok Tidak Tinggi (TTT), Menimba Yang Jemih (MYJ) dan Kail Panjang Sejengkal (KPS). Objektif utama adalah untuk mengesan kaitan antara novel-novel yang dihasilkan dengan profesion kewartawanan, berdasarkan realiti kejadian dan menilai keberkesanan gaya penulisan kewartawanan baru atau new journalism yang digunakan. Sejarah dan perkembangan gaya kewartawanan baru memberi imej baru dalam persada kesusasteraan dan kewartawanan. Ia melibatkan beberapa perkembangan dan perubahan yang dinamis bagi mencerna pemikiran penulis dan khalayaknya. Pemikiran, pengalaman dan pengetahuan A. Samad Ismail dimanipulasikan dengan tuntas melalui penglahiran empat novel pilihan kajian ini. Gabungan teori kewartawanan baru, formalistik dan biografi digunakan untuk menjelaskan hubungan antara penulisan dan profesionnya. Beberapa analisis, dapatan dan penemuan yang diperoleh pada akhir kajian ini menjelaskan bahawa A. Samad Ismail melakarkan rentetan peristiwa, fakta dan data benar berdasarkan profesionnya sebagai seorang wartawan di dalam penulisan. Ciri-ciri gaya penulisannya mirip kepada gaya penulisan akhbar. Gaya kewartawanan baru yang diwarnai dengan daya imaginasi dan kreativiti dalam novel yang dihasil membuktikan ia tidak tepat dianggap sebagai novel bukan fiksyen. Kesimpulannya, kajian ini adalah suatu visi kepada satu usaha bagi memartabatkan perjuangan seorang wartawan dalam perkembangan ekonomi, politik dan sosial negara, di samping mempertingkatkan disiplin ilmu kedua-dua bidang tersebut.


Download File

[img] Text
FBMK_2000_12_IR.pdf

Download (3MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Journalism and literature - Malaysia
Call Number: FBMK 2000 12
Chairman Supervisor: Encik Kamaruzzaman Abdul Kadir
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Nur Kamila Ramli
Date Deposited: 25 Feb 2011 05:21
Last Modified: 06 Dec 2023 01:13
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9927
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item