Keyword Search:

Pemikiran dalam Puisi-Puisi Penyair Lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris Selepas Merdeka

Mat, Naffi (1999) Pemikiran dalam Puisi-Puisi Penyair Lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris Selepas Merdeka. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
553Kb

Abstract

Kerajaan British telah menubuhkan Sultan Idris Training College (SITC) pada tahun 1922, kemudian dikenali Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), bertujuan melatih guru-guru untuk sekolah rendah Melayu. MPSI bukan sahaja menyampaikan ilmu akademik tetapi memberi latihan perguruan. Dua tahun kemudian, MPSI telah menubuhkan 'Pejabat Karang-Mengarang' dan 'Pejabat Penterjemah' yang diketuai oleh R.O. Winstedt dan Za'ba, yang merupakan seorang intelek Melayu yang unggul. Disamping menghasilkan buku-buku dan penterjemahan karya sastera, pihak maktab juga menggalakkan guru-guru pelatih membaca novel dan puisi. Selepas Malaya mencapai kemerdekaan dari British pada tahun 1957, MPSI terus melatih guru-guru untuk sekolah rendah. Mereka bukan sahaja memasuki bidang perguruan tetapi terdapat sebilangan kecil dikenali sebagai penulis dan penyair. Puisi-puisi yang dihasilkan selepas merdeka memperlihatkan kematangan pemikiran yang lebih komited dengan melibatkan diri dalam kehidupan masyarakat. Kebanyakan mereka menghasilkan puisi bertemakan patriotisme dan nasionalisme. Kajian ini melibatkan kumpulan puisi yang dihasilkan oleh lima penyair iaitu Suhaimi Hj. Muhammad, Kemala, Dharmawijaya, A. Wahab Ali dan Rahman Shaari. Memandangkan karya sastera iaitu puisi cerminan masyarakat, maka kajian ini bermatlamat untuk memperjelaskan intro speksi diri penyair dengan elemen-elemen kehidupan masyarakat. Untuk memperlihat hubunganya, pendekatan sosiologi telah diserapkan. Dalam konteks ini, aspek tema dan persoalan, fungsi puisi, kesan terhadap masyarakat dan falsafah dalam puisi diambil kira. Kesimpulannya didapati pertama, terdapat hubungan yang utuh di antara intro speksi diri penyair dengan keluarga. Kedua, hubungan intro speksi diri penyair dengan masyarakat desa dan kota. Akhir sekali, terdapat juga hubungan intro speksi diri penyair dengan keadaan politik dan fahaman keagamaan dalam masyarakat.

Item Type:Thesis (Masters)
Subject:Malay poetry - Thought and thinking
Chairman Supervisor:Encik Kamaruzzaman bin A. Kadir
Call Number:FBMK 1999 12
Faculty or Institute:Faculty of Modern Language and Communication
ID Code:9892
Deposited By: Nur Kamila Ramli
Deposited On:24 Feb 2011 10:08
Last Modified:24 Feb 2011 10:11

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 24 Feb 2011 10:08.

View statistics for "Pemikiran dalam Puisi-Puisi Penyair Lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris Selepas Merdeka"

 
 
 
 

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is powered by EPrints 3 which is developed by the School of Electronics and Computer Science at the University of Southampton. More information and software credits.
Universiti Putra Malaysia Institutional Repository supports OAI 2.0 with a base URL of http://psasir.upm.edu.my/cgi/oai2
Best viewed using IE version 7.0 (and above) Mozilla Firefox version 3 (and above) with the resolution of 1024 x 768.