Penglibatan Wanita Dalam Perusahaan Mikro

Misman, Sarimah (1995) Penglibatan Wanita Dalam Perusahaan Mikro. Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.

[img] PDF
524Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi penglibatan wanita dalam aktiviti perusahaan mikro dan menilai sumbangan penglibatan mereka terhadap pendapatan keluarga. Pengumpulan data di lakukan melalui temu bual dengan 62 orang wanita keluarga pekebun kecil. Data kualitatif didapati daripada pemerhatian ikut serta yang dijalankan ke atas lapan buah keluarga. Wanita yang terlibat dalam kajian ini mengusahakan tiga jenis perusahaan mikro, iaitu perusahaan makanan basah, makanan ringan dan kraftangan. Penemuan kajian mendapati penglibatan wanita dalam perusahaan mikro dapat meningkatkan pendapatan keluarga, sebanyak 45%. Kajian juga mendapati perusahaan jenis makanan basah yang diusahakan sepenuh masa menyumbangkan jumlah pendapatan yang lebih tinggi berbanding dengan perusahaan jenis makanan kering dan perusahaan bukan makanan kerana pengeluaran perusahaan makanan basah didapati besar. Pendapatan perusahaan makanan menyumbangkan kepada jumlah pendapatan bulanan keluarga. saiz lebih 55% Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pengusaha wanita menerima bantuan paling banyak dalam bentuk tenaga buruh daripada keluarga dan khidmat nasihat daripada agensi pembangunan. Pemerhatian juga mendapati pengusaha wanita yang berjaya mempunyai motivasi diri yang tinggi, berkeyakinan, berfikiran jauh, berdisiplin dan mempunyai pendedahan dari segi keusahawanan dan mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.

Item Type:Thesis (Masters)
Subject:Women in economic development
Chairman Supervisor:Jariah Hj Masud, PhD
Call Number:FEM 1995 3
Faculty or Institute:Faculty of Human Ecology
ID Code:9837
Deposited By: Laila Azwa Ramli
Deposited On:23 Feb 2011 05:59
Last Modified:08 Sep 2011 06:52

Repository Staff Only: item control page

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 23 Feb 2011 05:59.

View statistics for "Penglibatan Wanita Dalam Perusahaan Mikro"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.