UPM Institutional Repository

Pendekatan Strategik Pelbagai Media dan Pendekatan Pengembangan Konvensional dalam Program Pengembangan Pertanian: Satu Analisis Perbandingan


Citation

Yusoff, Jamaludin (1994) Pendekatan Strategik Pelbagai Media dan Pendekatan Pengembangan Konvensional dalam Program Pengembangan Pertanian: Satu Analisis Perbandingan. Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui status pengetahuan, sikap dan amalan (penerimaan guna) teknologi penanaman limau bali selepas penggunaan pendekatan strategik pelbagai media dan penggunaan pendekatan pengembangan konvensional dalam pelaksanaan aktiviti pengembangan dan penyebaran maklumat program pembangunan tanaman limau bali di kawasan terpilih di negeri Kedah. Objektif khusus kajian ini ialah untuk mengetahui tanggapan petani terhadap penggunaan pendekatan strategik pelbagai media serta pendedahan terhadap setiap saluran komunikasi dan media khusus yang disediakan di kawasan yang menggunakan pendekatan strategik pelbagai media dan bagaimana pula kedua-dua faktor ini mempengaruhi status pengetahuan, sikap dan amalan (penerimaan guna). Perkaitan antara beberapa angkubah demografi dan perlakuan komunikasi dengan status pengetahuan, sikap dan amalan turut menjadi objektif kajian ini. Sampel rawak sebanyak 100 orang responden, di mana 50 mewakili kawasan yang menggunakan pendekatan strategik pelbagai media sementara 50 lagi mewakili kawasan yang menggunakan pendekatan pengembangan konvensional telah digunakan. Data telah dikumpul menggunakan borang soalselidik melalui temubual perseorangan. Pada keseluruhannya, hasil kajian ini menunjukkan bahawa wujud perbezaan yang signifikan berhubung dengan status pengetahuan, sikap dan amalan antara kawasan pendekatan strategik pelbagai media dan pendekatan pengembangan konvensional. Walau bagaimanapun, status pengetahuan dan amalan (penerimaan guna) adalah jauh lebih ketara perbezaannya berbanding dengan status sikap. Hasil kajian ini juga mendapati bahawa perbezaan faktor taraf pelajaran dan penglibatan dalam pertubuhan di kawasan pendekatan pengembangan konvensional mempengaruhi status pengetahuan, sikap dan amalan. Di kawasan pendekatan strategik pelbagai media, perbezaan taraf pelajaran tidak mempengaruhi status pengetahuan, sikap dan amalan. Ini mungkin memperlihatkan kemampuan pendekatan strategik pelbagai media dalam mengurangkan kesan jurang komunikasi. Peningkatan status pengetahuan dan amalan yang sangat dipengaruhi oleh sejauh mana golongan sasaran terdedah kepada berbagai saluran komunikasi yang disediakan turut dibuktikan dalam hasil kajian ini. Di samping itu pengesahan kekuatan saluran komunikasi media massa dalam menghasilkan kesan pengetahuan atau memberi kesedaran dan kekuatan saluran komunikasi antara perseorangan dalam menghasilkan kesan amalan atau penerimaan guna juga turut ditunjukkan dalam temuan kajian ini.


Download File

[img] PDF
FBMK_1994_1_A.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Agricultural extension works
Call Number: FBMK 1994 1
Chairman Supervisor: Dr. Hj. Md. Salleh Hj. Hassan
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Nur Kamila Ramli
Date Deposited: 22 Feb 2011 06:38
Last Modified: 22 Feb 2011 06:39
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9763
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item