Citation
Ishak, Azura
(2000)
Kepuasan Pengguna Sistem Maklumat Kerjaya Multimedia Interaktif Berasaskan Web.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Satu kajian tentang kepuasan pengguna di kalangan pelajar terhadap
Sistem Maklumat Kerjaya Multimedia Interaktif Berasaskan Web telah
dijalankan. Prototaip Sistem Maklumat Kerjaya Multimedia Interaktif telah
dibangunkan bagi kegunaan kajian. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti
hubungan antara tahap kepuasan dengan faktor latar belakang pengguna
seperti jantina, pengalaman menggunakan komputer, pengalaman
menggunakan Internet dan persepsi tentang kepentingan sistem
pembelajaran multimedia melalui Internet. Selain daripada itu, kajian ini
dijalankan untuk mengenal pasti hubungan antara tahap kepuasan dengan
kualiti sistem multimedia interaktif serta mengenal pasti hubungan antara
hasil pembelajaran dengan tahap kepuasan pengguna. Saiz sampel yang
terlibat ialah seramai 250 responden yang terdiri daripada para pelajar
tingkatan tiga, em pat dan lima di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Dr.
Ismail, Damansara, Kuala Lumpur. Satu set soal selidik telah digunakan dan diedarkan sejurus responden menggunakan prototaip Sistem Maklumat
Kerjaya Multimedia Interaktif berasaskan Web.
Sebagai kesimpulan, responden dalam kajian ini mempunyai tahap
kepausan yang tinggi terhadap penggunaan Sistem Maklumat Kerjaya
Multimedia Interaktif berasaskan Web. Walau bagaimanapun, hanya dua
faktor latar belakang pengguna yang mempengaruhi tahap kepuasan mereka
iaitu pengalaman menggunakan komputer dan persepsi mereka tentang
kepentingan sistem pembelajaran multimedia interaktif melalui Internet.
Namun, faktor jantina dan pengalaman menggunakan Internet tidak pula
mempengaruhi tahap kepuasan mereka terhadap penggunaan Sistem
Maklumat Kerjaya Multimedia Interaktif berasaskan Web. Dari aspek faktor
kualiti system multimedia interaktif pula, ia memainkan peranan yang penting
di dalam mempengaruhi tahap kepuasan pengguna. Manakala dari aspek
pembelajaran pula, hasil kajian ini cukup terbukti bahawa tahap kepuasan
pelajar yang tinggi di dalam menggunakan sistem pembelajaran kerjaya
berbentuk multimedia interaktif berasaskan Web mampu memberi impak
kepada hasil pembelajaran yang begitu tinggi dan cukup baik.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |