Citation
Md Sultan, Abu Bakar
(1999)
Aliran Kerja dalam Sistem Otomasi Pejabat di Universiti Putra Malaysia: Satu Kajian Kes.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Pengurusan aliran kerja rnerupakan entiti teknologi rnaklumat tahun 90 an
ekoran dari penggabungan teknologi perkongsian maklumat, infrastruktur
rangkaian komputer dan teknik pembangunan aplikasi yang maju. Aliran kerja
adalah sistem komputer atau alat bantuan (tool) perisian yang digunakan untuk
mengotomasi, mengurus dan mengintegrasikan proses-proses urusan melalui set
peraturan yang ditentukan bagi mencapai matlamat organisasi dari segi kecekapan,
kecepatan, kualiti dan produktiviti.
Cabaran utama dalam membangunkan sistem aliran kerja adalah kelemahan
perspektif aliran kerja semasa dan kepelbagaian metodologi pembangunan. Situasi
ini jelas memerlukan satu metodologi implementasi yang berbeza dari sistem
maklumat biasa dan boleh diterima pakai secara menyeluruh. Kajian ini telah
menyorot dua metodologi implementasi aliran kerja yang telah diamalkan dan mendapati beberapa kesamaan yang ketara. Seterusnya satu metodologi
implernentasi aliran ketja diperkenalkan dan digunakan ke atas kajian kes iaitu Cuti
Sabatikal dan Cuti Online.
Satu elemen penting dalam metodologi implementasi aliran kerja adalah
permodelannya. Permodelan ini adalah untuk memberikan gambaran bentuk masa
larian sesuatu aliran kerja. Oleh itu kajian ini tumt mengemukakan satu bentuk
model perlaksanaan sebagai sebahagian daripada metodologi implementasi dan
diuji ke atas kajian kes terlibat.
Dua proses telah dipilih untuk diotomasikan ke bentuk aliran kerja iaitu
proses permohonan Cuti Sabatikal (PPCS) dan proses permohonan Cuti Online.
Pemilihan kedua-dua proses ini dibuat berasaskan perbezaan yang terdapat antara
keduanya. Proses Permohonan Cuti Sabatikal mempakan proses manual yang
melibatkan unit-unit fungsian yang berbeza dan aliran maklumat yang melepasi
batasan sesebuah unit. Sementara itu Proses Permohonan Cuti online adalah sistem
otomasi pejabat dalam sesuatu unit dan sedang digunakan. PPCS akan
diotomasikan ke bentuk aliran kerja sementara cuti online akan ditingkatkan
prestasi aliran kepada yang lebih optima.
Penilaian yang diperolehi melalui pengukuran prestasi sistem aliran kerja
yang dibina menggunakan Metodologi dan model perlaksanaannya akan
menentukan keberkesanan metodologi yang disyorkan . Pengukuran prestasi ini meliputi kesesuaian sistem, tahap integrasi, penjimatan sumber dan juga persepsi
pengguna terhadap kepenggunaannya. Keputusan yang diperolehi menunjukkan
Metodologi Implementasi dengan Model Perlaksanaannya berjaya menghasilkan
sistem aliran kerja yang berkualiti dan memenuhi objektif pembangunannya.
Beberapa syor juga dikemukakan hasil penemuan kajian sebagai faktorfaktor
kritikal bagi menentukan kejayaan perlaksanaan sistem aliran kerja. Selain
itu beberapa kajian lanjutan turut diketengahkan dalam usaha meningkatkan
penemuan teknologi aliran kerja ini.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |