Budaya Kerja dan Kaitannya dengan Profesionalisme Pengamal Kerja Belia

Abdullah Bandar, Nur Fatihah (2009) Budaya Kerja dan Kaitannya dengan Profesionalisme Pengamal Kerja Belia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
766Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan menentukan profil pengamal kerja belia, menentukan tahap profesionalisme dan budaya kerja serta menentukan hubungan di antara budaya kerja dengan profesionalisme pengamal kerja belia di Malaysia. Kaedah tadbir sendiri dan pos telah digunakan dalam kajian ini. Penentuan saiz sampel ditentukan melalui jadual saiz sampel Krejcie & Morgan (1970). Seramai 813 orang pengamal kerja belia dipilih sebagai sampel kajian. Pengumpulan data kajian ini menggunakan borang soal selidik dengan mengaplikasikan penggunaan Skala Likert. Skala budaya kerja (McKeown, 2008) mengandungi 19 item manakala skala profesionalisme (Chisholm, Cobb, Duke, McDuffie & Kennedy, 2006) mengandungi 28 item untuk mengukur profesionalisme pengamal kerja belia di Malaysia. Analisis data menggunakan program SPSS versi 14.0. Kajian ini menunjukkan majoriti pengamal kerja belia di Malaysia mempunyai tahap budaya kerja dan profesionalisme yang tinggi. Hasil analisis korelasi menunjukkan terdapat korelasi signifikan di antara (bimbingan, sokongan & keterbukaan) dengan profesionalisme. Budaya keterbukaan menunjukkan korelasi yang positif dan sederhana dengan profesionalisme (FO.531). Analisis regresi pelbagai kaedah (enter) telah dilakukan untuk menentukan faktor penyumbang yang banyak mempengaruhi profesionalisme pengamal kerja belia di Malaysia. Hasil kajian menunjukkan ketiga-tiga peramal (bimbingan, sokongan dan keterbukaan) mempengaruhi profesionalisme pengamaI kerja belia. Kajian ini mencadangkan agar badan kerajaan (Kementerian Belia & Sukan) serta badan bukan kerajaan berusaha merangka strategi Iatihan dan kemajuan kerja yang diperlukan untuk pembangunan profesionalisme dan budaya kerja setiap pengamal kerja belia. Bagi kaj ian yang akan datang, perlulah mengambilkira elemen yang menyumbang kepada profesionalisme pengamal kerja belia sepertimana yang dicadangkan.

Item Type:Thesis (Masters)
Subject:Work ethic - Case studies
Chairman Supervisor:Khairuddin Idris, PhD
Call Number:FPP 2009 19
Faculty or Institute:Faculty of Educational Studies
ID Code:9417
Deposited By: Laila Azwa Ramli
Deposited On:01 Feb 2011 07:54
Last Modified:01 Feb 2011 07:59

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 01 Feb 2011 07:54.

View statistics for "Budaya Kerja dan Kaitannya dengan Profesionalisme Pengamal Kerja Belia"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.