Keyword Search:

KTDI Meriahkan Sambutan Pra Gong Xi Fa Cai

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) KTDI Meriahkan Sambutan Pra Gong Xi Fa Cai.

[img] PDF
135Kb

Abstract

SERDANG, 23 Jan – Pelajar-pelajar Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI) Universiti Putra Malaysia (UPM) memeriahkan sambutan pra Gong Xi Fai Cai dengan menganjurkan Pesta Gong Xi Budaya. Program yang bertujuan untuk berkongsi budaya sambutan perayaan tahun arnab masyarakat Cina itu bertemakan ‘May the wind blow forth good fortune, May the rabbit bring toward prosperity’ dan telah dirasmikan oleh Pengetua KTDI, Dr. Pakhriazad Hassan Zaki. Pengarah program, Pang Shi Yong berkata antara aktiviti ialah ‘yee sang’ iaitu menggaul mee, pertunjukan seni wushu, tarian kipas dan pementasan drama sejarah Gong Xi Fa Cai. “Bagi masyarakat Cina, tahun arnab itu membawa maksud harapan dan mereka yang lahir pada tahun itu lazimnya mempunyai ciri-ciri lemah-lembut, mempunyai ingatan yang baik dan berjiwa sensitif,” kata pelajar semester kedua, bacelor Sains Statistik, Fakulti Sains UPM itu.

Item Type:UPM News
ID Code:9410
Deposited By: Muizzudin Kaspol
Deposited On:31 Jan 2011 13:41
Last Modified:27 May 2013 15:41

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 31 Jan 2011 13:41.

View statistics for "KTDI Meriahkan Sambutan Pra Gong Xi Fa Cai"