Hubungan Persepsi Guru Terhadap Tingkahlaku Kepemimpinan Pengetua Dengan Tahap Motivasi Guru di Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Gan, Pei Ling (2003) Hubungan Persepsi Guru Terhadap Tingkahlaku Kepemimpinan Pengetua Dengan Tahap Motivasi Guru di Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
1817Kb

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau hubungan persepsi guru terhadap tingkahlaku kepemimpinan pengetua dengan tahap motivasi guru di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Kajian ini melibatkan 205 orang guru terlatih dari sebelas buah sekolah menengah di daerah tersebut. Instrumen Leadership Behavior Description Questionnaire (LBDQ) digunakan untuk mengukur persepsi guru terhadap tingkahlaku kepemimpinan pengetua mereka. Instrumen Motivasi pula digunakan untuk mendapatkan persepsi guru terhadap tahap motivasi diri mereka. Tingkahlaku kepemimpinan pengetua dilihat dari dua dimensi iaitu dimensi pendayautaInaan struktur dan dimensi timbang rasa. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa pengetua di daerah Kuala Pilah mempunyai aras pendayautamaan struktur dan aras timbang rasa yang tinggi. Tahap motivasi guru juga didapati tinggi. Secara keseluruhan, kajian ini mendapati wujud hubungan yang signifikan antara persepsi guru terhadap tingkahlaku kepemimpinan pengetua dengan tahap motivasi guru (r=O.29, p<0.05). Selain itu, didapati wujud hubungan yang signifikan antara dimensi pendayautamaan struktur dan dimensi timbang rasa dengan tahap motivasi guru (r=0.32, r=0.20, p<0.05). Bagaimanapun, apabila ujian korelasi separa dijalankan, didapati dimensi pendayautamaan struktur mempunyai hubungan yang signifikan dengan tahap motivasi guru (r=0.26, p<0.01) berbanding dengan dimensi timbang rasa. Ini bermaksud dimensi pendayautamaan struktur memberi kesan terhadap tahap motivasi guru. Daripada dapatan kajian, boleh disimpulkan wujud hubungan positif yang lemah tetapi signifikan antara persepsi guru terhadap tingkahlaku kepemimpinan pengetua dengan tahap motivasi guru tetapi dimensi pendayautamaan struktur didapati telah memberi kesan yang signifikan terhadap motivasi guru

Item Type:Thesis (Masters)
Subject:Employee motivation - Negeri Sembilan - Kuala Pilah.
Subject:Employee motivation - Negeri Sembilan - Kuala Pilah.
Chairman Supervisor:Jamaliah Abdul Hamid, PhD
Call Number:FPP 2003 20
Faculty or Institute:Faculty of Educational Studies
ID Code:9386
Deposited By: Laila Azwa Ramli
Deposited On:28 Jan 2011 04:39
Last Modified:12 Jun 2012 08:19

Repository Staff Only: Edit item detail


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.