Tingkahlaku Delinkuen di Kalangan Mahasiswa Universiti

Abdul Majid, Zamzuri (2003) Tingkahlaku Delinkuen di Kalangan Mahasiswa Universiti. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
1275Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap penglibatan Mahasiswa Universiti Multimedia dalam tingkahlaku delinkuen. Fokus kajian ini ialah untuk mengenalpasti faktor yang dominan yang mempengaruhi mahasiswa dalarn tingkahlaku delinkuen. Seterusnya, kajian ini juga ingin mengenalpasti sarna ada terdapat perbezaan tingkahlaku delinkuen berdasarkan kampus yang berlainan, jantina, fakulti, bangsa, agama, latar-belakang tempat tinggal, status sosio-ekonomi keluarga dan status hubungan keluarga. Perkaitan antara tingkahlaku delinkuen dengan masa mengakses internet, jenis maklumat yang diaksesfaktor keluarga, nilai keagarnaan, lokus kawalan diri dan rakan sebaya juga di ambilkira. Sampel kajian terdiri daripada 667 orang Mahasiswa Universiti Multimedia, Kampus di Melaka dan di Cyberjaya. Pemilihan sarnpel dibuat secara rawak bertingkat. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik. manakala analisis min, frekuensi, Ujian-t, ANOVA Satu-hala dan Koefisyen Korelasi digunakan untuk menganalisis data. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap penglibatan Mahasiswa MMU dalam tingkahlaku delinkuen berada pada tahap rendah. Berdasarkan skor min kajian mendapati penglibatan tertinggi Mahasiswa MMU adalah bagi tingkahlaku delinkuen kurang sopan dan yang paling rendah adalah gejala musnah. Terdapat perbezaan tingkahlaku delinkuen kekemasan diri antara Kampus di Melaka dan di Cyberjaya. Terdapat perbezaan yang signifikan tingkahlaku delinkuen berdasarkan kampus, jantina, bangsa, agama, fakulti, latar-belakang tempat tinggal dan status hubungan ibubapa, tetapi sebaliknya bagi status sosio-ekonomi tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi tingkahlaku delinkuen. Hasil kajian menunjukkan terdapat perkaitan signifikan positif yang lemah antara tingkahlaku delinkuen dengan masa mengakses internet dan lokus kawalan luaran. Sebaliknya, terdapat perkaitan signifikan negatif yang lemah antara tingkahlaku delinkuen dengan faktor keluarga, nilai agama dan lokus kawalan. Di samping itu, kajian ini juga mendapati iaitu terdapat perkaitan signifikan positif yang sederhana hubungan tahapnya antara faktor rakan sebaya dan mengakses maklumat porno dengan tingkahlaku delinkuen.

Item Type:Thesis (Masters)
Subject:Juvenile delinquency - Students
Chairman Supervisor:Associate Professor Turiman Suandi, PhD
Call Number:FPP 2003 6
Faculty or Institute:Faculty of Educational Studies
ID Code:9356
Deposited By: Laila Azwa Ramli
Deposited On:27 Jan 2011 07:49
Last Modified:27 Jan 2011 07:50

Repository Staff Only: item control page

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 27 Jan 2011 07:49.

View statistics for "Tingkahlaku Delinkuen di Kalangan Mahasiswa Universiti"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.