Penggunaan Teori Psikologi Individu Sebagai Panduan Memahami Tingkah Laku Penagih Dadah

Ooi, Boon Keat (2003) Penggunaan Teori Psikologi Individu Sebagai Panduan Memahami Tingkah Laku Penagih Dadah. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
4015Kb

Abstract

Bukan senang untuk memahami psikologi manusia. Suatu teori yang signifikan dan menyeluruh perlu digunakan sebagai panduan untuk mendalami psikologi individu. Kajian ini mempercayai bahawa teori Psikologi Individu boleh memberikan penjelasan dalam memahami tingkah laku individu. Kajian ini menfokus kepada penggunaan teori Psikologi lndividu terhadap pemahaman gaya hidup dan minat sosial di kalangan penagih dadah. Lantaran itu, teori Psikologi Individu juga akan menerangkan secara etiologi tentang tingkah Iaku penagihan dadah individu. Kaedah yang digunakan ialah penyelidikan kualitatif. Maka, kajian yang dijalankan ini merupakan kajian kes yang mendalam dan menyeluruh tentang interaksi psikologikal terhadap tingkah laku individu. Kajian ini berbentuk fenomenologikal berdasarkan pengalaman dan espresi perasaan individu dalam tingkah laku penagihan dadah. Penganalisisan data secara analisis kandungan dijalankan untuk penghuraian konsep Psikologi Individu. Dapatan kajian menunjukkan penerangan melalui analisis gaya hidup dan minat sosial individu dalam tingkah laku menagih dadah berdasarkan teori Psikologi Individu. Kajian ini telah menerapkan teori Psikologi Individu ke dalam komuniti penagihan dadah yang terdiri daripada individu yang unik dan berbeza walaupun mempraktikkan tingkah laku yang sama iaitu penagihan dadah. Dalam konteks pemulihan tingkah laku penagihan dadah pula, ciri pendekatan teori Psikologi Individu yang boleh menjelaskan secara keseluruhan tentang gaya hidup dan minat sosial adalah memang selari dengan keperluan dalam perkhidmatan kaunseling dan psikoterapi. Ini juga sebagai satu langkah usaha yang dapat menyumbangkan pengetahuan tentang tingkah laku penagihan dadah serta berkecenderungan ke arah penagihan semula selepas menjalani program pemulihan. Akhir kata, implikasi kajian ini akan menyumbang kepada profcsion perkhidmatan kaunseling dan psikoterapi dalam program pencegahan dan pemulihan bagi aktiviti penagihan dadah di konteks Malaysia.

Item Type:Thesis (Masters)
Subject:Drug addicts - Psychological aspects
Chairman Supervisor:Lily Mastura bt. Hj. Harun, PhD
Call Number:FPP 2003 1
Faculty or Institute:Faculty of Educational Studies
ID Code:9352
Deposited By: Laila Azwa Ramli
Deposited On:27 Jan 2011 07:00
Last Modified:27 Jan 2011 07:43

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 27 Jan 2011 07:00.

View statistics for "Penggunaan Teori Psikologi Individu Sebagai Panduan Memahami Tingkah Laku Penagih Dadah"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.