UPM Institutional Repository

Pesta Ponggal Libat Pelajar Dalam Satu Budaya


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) Pesta Ponggal Libat Pelajar Dalam Satu Budaya. [UPM News]

Abstract

SERDANG, 16 Januari– Pesta Ponggal 2011 yang memberi pendedahan tentang nilai tradisi kebudayaan India berjaya melibatkan pelajar pelbagai kaum dengan disertai oleh 200 pelajar. Pesta dikenali sebagai Ponggal Thirunaal kali ke 12 itu juga merapatkan hubungan dikalangan pelajar India dengan kaum yang lain dengan disertai oleh pelajar Melayu dan pelajar Cina. Pelbagai pertandingan menarik seperti pertandingan ikat mattai, makan tebu, ikat thoranam, ikat bunga, pecah belanga dan tarik tali turut diadakan. Timbalan Naib Canselor (Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM, Prof. Dr. Mohd Fauzi Ramlan berkata walaupun pesta itu merupakan perayaan bagi kaum India, ia mampu menyemai perpaduan dan nilai pengetahuan budaya warga kampus. “Penting untuk kita menghormati dan memahami tradisi kebudayaan semua kaum yang terdapat di Malaysia kerana kekuatan sesebuah masyarakat itu terletak kepada nilai toleransi di antara bangsa berlainan budaya,” katanya ketika merasmikan pesta itu di Bukit Ekspo UPM. Presiden Persatuan Hindu UPM, Selvakumar K.N. Vaiappuri berkata program itu diharapkan dapat merapatkan hubungan silaturahim di kalangan pelajar terutamanya mereka yang bukan beragama Hindu kerana ia merupakan satu arca kepada keunikan kita yang hidup secara bermasyarakat berlainan bangsa di Malaysia. “Selain itu, pelajar Melayu dan Cina dapat memahami adat budaya kami apabila turut serta dalam pelbagai acara yang telah disediakan,” katanya.


Download File

[img]
Preview
PDF
Pesta_Ponggal_Libat_Pelajar_Dalam_Satu_Budaya.pdf

Download (162kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Muizzudin Kaspol
Date Deposited: 25 Jan 2011 06:28
Last Modified: 27 May 2013 07:41
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9351
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item