Satu Tinjauan Tentang Motif Penglibatan Pelajar Sekolah Menengah Dalam Aktiviti Fizikal di Daerah Kulim/Bandar Baharu, Kedah Darul Aman

Ang, Ha Loon (2002) Satu Tinjauan Tentang Motif Penglibatan Pelajar Sekolah Menengah Dalam Aktiviti Fizikal di Daerah Kulim/Bandar Baharu, Kedah Darul Aman. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
4Mb

Abstract

Penyelidikan ini telah dijalankan untuk mengenal pasti motif penglibatan pelajar dalam aktiviti fizikal dan juga untuk mengetahui sejauhmanakah tahap aktiviti fizikal pelajar-pelajar di Daerah Kulim/Bandar Baharu. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik Participation Motivation Questionnaire (PMQ)(Gill, Gross, & Huddleston, 1983) dan soal selidik Model Peringkat Perubahan (Prochaska & DiClemente, 1983). Responden terdiri daripada 343 orang pelajar (174 lelaki; 169 perempuan) di Daerah Kulim/Bandar Baharu. Untuk mengetahui tahap aktiviti fizikal dan mengenal pasti motif penglibatan pelajar dalam aktiviti fizikal, penyelidikan ini akan cuba menjawab tiga persoalan kajian iaitu: Sejauh manakah tahap aktiviti pelajar sekolah menengah dalam aktiviti fizikal di Daerah Kulim/Bandar Baharu? Model Peringkat Perubahan (Prochaska & DiClemente, 1983) digunakan untuk menjawab persoalan pertama. Hasil kajian menunjukkan model ini berjaya menentukan tahap aktiviti pelajar di Daerah Kulim/Bandar Baharu. Pelajarpelajar tatah digolongkan kepada dua kumpulan iaitu golongan aktif (peringkat aksi dan peringkat memelihara) dan golongan sedentari (peringkat prakontemplasi, peringkat kontemplasi dan peringkat persediaan). Model peringkat perubahan ini dapat menunjukkan golongan aktif dalam aktiviti fizikal adalah rendah. Hasil kajian juga menunjukkan responden lelaki lebih aktif berbanding golongan perempuan dalam penglibatan aktiviti fizikal. Apakah motif penglibatan di kalangan pelajar sekolah menengah dalam aktiviti fizikal di Daerah KulirnlBandar Baharu? Penggunaan soal selidik PMQ (Gill et al., 1983) digunakan untuk menjawab persoalan kedua. Melalui ana lisa kekerapan, hasil kajian menunjukkan motif kemahiran dan motif kecergasan fizikal sebagai motif yang utama dalam menjalankan aktiviti fizikal, diikuti oleh motif penggabungan dan motif atmosfera berpasukan. Manakala motif yang kurang penting ialah motif pembebasan tenaga dan motif statuslpengiktirafan. Ujian-t menunjukkan bahawa wujud perbezaan yang signifikan di antara pelajar lelaki dan perempuan terhadap motif pembebasan tenaga, dengan nilai t = 3.667. p<.05.

Item Type:Thesis (Masters)
Subject:Exercise - Kedah
Subject:Students - Kedah
Chairman Supervisor:Dr. Mohd. Sofian Bin Omar Fauzee
Call Number:FPP 2002 33
Faculty or Institute:Faculty of Educational Studies
ID Code:9347
Deposited By: Laila Azwa Ramli
Deposited On:25 Jan 2011 03:09
Last Modified:16 Jun 2014 08:16

Repository Staff Only: item control page


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.