Keyword Search:

Perbandingan Pembelajaran Koperatif dan Tradisional Terhadap Prestasi, Atribusi Pencapaian, Konsep Kendiri Akademik dan Hubungan Sosial dalam Pendidikan Perakaunan

Abdul Kadir, Suhaida (2002) Perbandingan Pembelajaran Koperatif dan Tradisional Terhadap Prestasi, Atribusi Pencapaian, Konsep Kendiri Akademik dan Hubungan Sosial dalam Pendidikan Perakaunan. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
1607Kb

Abstract

Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk membandingkan pembelajaran koperatif dengan pembelajaran tradisional di dalam pendidikan perakaunan, dengan melihat kesan kedua-dua strategi pembelajaran terhadap prestasi, atribusi pencapaian pelajar, konsep kendiri akademik di dalam mata pelajaran prinsip akaun dan hubungan sosial sesama rakan sekelas. Kajian ini juga mengenal pasti persepsi pelajar terhadap keberkesanan perlaksanaan pembelaj aran koperatif. Kaedah yang digunakan di dalam kajian ini berbentuk kuasi eksperimen yang berlangsung selama lapan minggu dan melibatkan 208 orang pelajar. Data dikutip menggunakan soal selidik dan ujian prestasi. Data dianalisis menggunakan teknik ancova, ujian-t dan analisis kandungan. Dapatan kajian menunjukkan prestasi kumpulan pembelaj aran koperatif lebih tinggi dan signifikan berbanding dengan kumpulan pembelajaran tradisional. Atribusi pencapaian kumpulan pembelajaran koperatif didapati berbeza dan signifikan bagi dimensi lokus sebab di dalam situasi berjaya dan dimensi kawalan oleh orang lain di dalam situasi gagal. Konsep kendiri akademik kumpulan tradisional didapati lebih tinggi dan signifikan berbanding dengan kumpulan pembelajaran koperatif. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan tahap hubungan sosial antara kedua-dua kumpulan. Secara keseluruhannya, kebanyakan pelajar kumpulan pembelajaran koperatif menerima baik perlaksanaan pembelaj aran koperatif. Implikasi dapatan kajian ini mencadangkan bahawa pembelajaran koperatif wajar digunakan sebagai satu strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam pendidikan perakaunan bagi meningkatkan prestasi pelajar.

Item Type:Thesis (PhD)
Subject:Group work in education
Subject:Accounting - Study and teaching
Chairman Supervisor:Associate Professor Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, PhD
Call Number:FPP 2002 16
Faculty or Institute:Faculty of Educational Studies
ID Code:9291
Deposited By: Laila Azwa Ramli
Deposited On:19 Jan 2011 05:01
Last Modified:18 Oct 2012 02:56

Repository Staff Only: Edit item detail