Tompang, Lambak (2001) Fenomena Kompetitif di Kalangan Remisier Melayu. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
|
PDF
866Kb |
Abstract
Kajian ini bertujuan memahami fenomena kompetitif yang dihadapi oleh beberapa usahawan Melayu terpilih. Secara khususnya kajian ini menjelaskan pengertian kompetitif dari pengalaman remiseir Melayu yang menjadi ahli Persatuan remisier Melayu Malaysia (PRIBUMI). Untuk menjawab persoalan kajian, kaedah hermeneutic phenomenology digunakan bagi memahami dan menjelaskan pengalaman remisier Melayu melalui kompetitif dalam kerjaya mereka. Narator yang terlibat adalah enam orang remisier Melayu yang secara sukarela bersedia berkongsikan pengalaman. Para remisier ini berpengalaman antara 6 tahun ke 13 tahun sebagai remisier. Teknik perbualan terbuka digunakan semasa proses pengumpulan data. Perbualan dirakamkan melalui pita rakaman dan ditranskrip secara verbatim. Analisis bermula sebaik sahaja data dikumpul. kajian ini mengandaikan bahawa para remisier Melayu berhadapan dengan fenomena kompetitif dalam perjalanan kerjaya mereka mengendalikan aktiviti saham dan pasaran saham. Analisis terperinci kemudiannya dilakukan untuk mencari tema dan kategori bagi menjawab persoalan kajian. Tema telah dikategorikan kepada 1) punca berlakunya kompetitif, 2) pola kompetitif, dan 3) perubahan ekoran kompetitif. Punca kompetitif secara asasnya dijelaskan melalui kehendak bukan sahaja untuk mengekalkan kerjaya tetapi juga untuk mencapai kecemerlangan dalam kerjaya sebagai remisier. Kajian telah memaparkan bahawa kompetitif sememangnya wujud dalam 1) peningkatan kendiri yang merangkumi usaha, (a) meningkatkan abiliti untuk mendapatkan klien, (b) persetujuan klien untuk pelaburan terbaik, dan (c) menambah deposit bagi mendapatkan pulangan yang menguntungkan; 2) ketahanan diri menghadapi kompetitif; dan 3) keazaman untuk dihargai.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Subject: | Competition - Malaysia |
| Chairman Supervisor: | Jamilah Bte Othman, PhD |
| Call Number: | FPP 2001 15 |
| Faculty or Institute: | Faculty of Educational Studies |
| ID Code: | 9239 |
| Deposited By: | Laila Azwa Ramli |
| Deposited On: | 17 Jan 2011 03:49 |
| Last Modified: | 13 Dec 2012 04:06 |
Repository Staff Only: item control page
Document Download Statistics
This item has been downloaded for since 17 Jan 2011 03:49.
View statistics for "Fenomena Kompetitif di Kalangan Remisier Melayu"