Mohd Hashim, Mohd Huzaimi (2001) Tekanan Kerja di Kalangan Penguasa Kastam di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
| PDF 2060Kb |
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk menentukan tahap tekanan kerja di kalangan Penguasa Kastam di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Secara khususnya kajian ini dijalankan untuk menentukan faktor yang mempengaruhi tekanan kerja di kalangan Penguasa Kastam. Kajian ini berbentuk deskriptif dan menggunakan soal selidik. Sampel kajian ini terdiri daripada 159 Penguasa Kastam di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Hasil kajian menunjukkan bahawa lebih separuh daripada Penguasa Kastam iaitu 59% menghadapi tekanan yang sederhana. Didapati kajian juga menunjukkan tiada perkaitan di antara tekanan kerja dengan faktor tekanan kerja iaitu beban kerja (r = 0.118), perhubungan kerja (r = 0.016), persekitaran kerja (r = 0.074), kekaburan peranan (r = -0.069) dan keluarga (r = -0.032). Berasaskan penemuan kajian ml, dicadangkan pihak pengurusan dapat memberikan penerangan yang jelas terhadap tugas dan peranan kerja sebagai Penguasa Kastam. Tambahan pula, penganjuran program-program yang berkaitan dengan strategi mengatasi tekanan kerja serta mengawal tekanan dari berterusan bukan sahaja dapat mengurangkan tekanan di tempat kerja malahan dapat meningkatkan produktiviti pekerja. Dengan adanya program-program ini, ia bukan sahaja dapat meningkatkan prestasi kerja malah dapat menggalakkan budaya kerja positif semasa menjalankan tugas harian mereka.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Subject: | Job stress |
| Subject: | Customs administration - Kuala Lumpur |
| Chairman Supervisor: | Dr. Khairuddin Idris |
| Call Number: | FPP 2001 8 |
| Faculty or Institute: | Faculty of Educational Studies |
| ID Code: | 9225 |
| Deposited By: | Laila Azwa Ramli |
| Deposited On: | 14 Jan 2011 15:24 |
| Last Modified: | 14 Jan 2011 15:25 |
Repository Staff Only: item control page