UPM Institutional Repository

Hubungan Gaya Bercinta dengan Pendedahan Kendiri di Kalangan Sekumpulan Siswazah Universiti Putra Malaysia


Citation

Cheong, Ching Ching (2001) Hubungan Gaya Bercinta dengan Pendedahan Kendiri di Kalangan Sekumpulan Siswazah Universiti Putra Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini adalah mengkaji hubungan antara gaya bercinta dengan pendedahan kendiri di kalangan sekumpulan siswazah Universiti Putra Malaysia. Kajian ini juga mengkaji perbezaan antara gaya bercinta dengan jantina dan status perkahwinan serta perbezaan pendedahan kendiri dengan jantina. Subjek kajian ini meliputi 100 orang siswazah yang dipilih dari tiga fakulti iaitu 52 orang subjek dari Fakulti Sains dan Pengajian Alam Sekitar, 15 orang subjek dad Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi·dan 32 orang subjek dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan. Kajian ini menggunakan Inventori Gaya Bercinta dan Indeks Pendedahan Kendiri untuk mengenalpasti gaya bercinta dan tahap pendedahan kendiri. Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan Korelasi Pearson dan ujian-t. Keputusan kajian menunjukkan bahawa di antara enam gaya bercinta, hanya eros, mania dan agape mempunyai hubungan yang signifikan dengan pendedahan kendiri. Ludus, storge dan pragma tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan pendedahan kendiri. Keputusan kajian juga menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang signifikan antara gaya bercinta dengan jantina dan status perkahwinan. Keputusan menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara pendedahan kendiri dengan jantina di kalangan subjek.


Download File

[img] Text
FPP_2001_3.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Love.
Subject: Self-disclosure - Malaysia.
Call Number: FPP 2001 3
Chairman Supervisor: Pn. Halijah Mohd
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Laila Azwa Ramli
Date Deposited: 14 Jan 2011 07:14
Last Modified: 08 Feb 2024 01:39
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9220
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item