Fotodegradasi fenol dan 4-klorofenol dalam air menggunakan titanium dioksida

Elias, Md Suhaimi (2001) Fotodegradasi fenol dan 4-klorofenol dalam air menggunakan titanium dioksida. Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.

[img] PDF
1023Kb

Abstract

Pencemaran sumber air merupakan masalah utama kepada keperluan air minuman dan kehidupan akuatik pada masa kini. Pelbagai teknologi digunakan untuk merawat sumber air. Salah satu kaedah tersebut ialah dengan menggunakan semikonduktor TiO₂ sebagai fotomangkin dalam fotodegradasi sebatian organik. Dalam kajian ini fotodegradasi fenol dan 4-klorofenol menggunakan serbuk mangkin TiO₂ dan TiO₂ (sol-gel) yang dipegunkan di atas kaca (TiO₂/kaca) digunakan. Pemegunan Ti02/kaca dilakukan dengan dua kaedah; iaitu berdasarkan bilangan celupan TiO₂/kaca dan berdasarkan amaun TiO₂. Didapati dengan menggunakan serbuk mangkin TiO₂ kadar fotodegradsi 20 ppm fenol mencapai 73.0% dan 4-klorofenol ialah 97.4%. Kadar fotodegradasi fenol mencapai 30.5% dengan menggunakan kaedah bilangan celupan TiO₂/kaca dimana pencelupan kaca dilakukan sebanyak 8x. Manakala dengan menggunakan kaedah berdasarkan amaun TiO₂/kaca didapati kadar fotodegradasi fenol mencapai 43.4% apabila jisim TiO₂ yang dipegunkan di atas kaca mencapai jisim maksimum iaitu 0.077 ± 0.003 g. Apabila amaun TiO₂/kaca meningkat kadar fotodegradasi fenol juga meningkat. Peningkatan suhu pengkalsinan TiO₂/kaca memberikan keputusan perkadaran songsang dim ana peningkatan suhu pengkalsinan mengurangkan kadar fotodegradasi fenol. Pada suhu pengkalsinan yang tinggi didapati berlakunya penanggalan TiO₂ yang dipegunkan ke atas kaca. Namun kesan kenaikan suhu larutan fenol dan 4-klorofenol menunjukkan perkadaran terus, dim ana kenaikan suhu 30°C hingga 50°C masing-masing dapat meningkatkan kadar fotodegradasi fenol sebanyak 15.8% dan 12.2% bagi 4-klorofenol. Kesan penambahan ion-ion K⁺, Na⁺, Ca²⁺ dan Zn²⁺ kepada larutan fenol terhadap kadar fotodegradasi juga dikaji. Didapati dengan menggunakan serbuk TiO₂ kadar fotodegradasi meningkat apabila ion K⁺ dan Ca²⁺ dengan kepekatan 0.01 M dan ion Zn²⁺ dengan kepekatan 0.001 M ditambahkan. Tetapi dengan penambahan ion Na+ ianya didapati merencatkan kadar fotodegradasi fenol. Manakala dengan menggunakan amaun TiO₂/kaca pula, penambahan ion Ca 2⁺ merencatkan kadar fotodegradasi fenol dan 4-klorofenol. Sementara penambahan ion K⁺ pada kepekatan 0.01 M pula dapat meningkatkan kadar fotodegradasi 4-klorofenol.

Item Type:Thesis (Masters)
Subject:Water - Purification - Research
Chairman Supervisor:Professor Madya Zulkarnain Zainal, PhD
Call Number:FSAS 2001 8
Faculty or Institute:Faculty of Science and Environmental Studies
ID Code:9212
Deposited By: Tuan Norasiah Tuan Yaacob
Deposited On:13 Jan 2011 10:04
Last Modified:27 Sep 2013 04:13

Repository Staff Only: item control page

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 13 Jan 2011 10:04.

View statistics for "Fotodegradasi fenol dan 4-klorofenol dalam air menggunakan titanium dioksida"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.