Citation
Samad, Sarminah
(2000)
Faktor-Faktor Terpilih yang Mempengaruhi Komitmen Keorganisasian di Kalangan Staf Bahagian Teknologi Maklumat Telekom Malaysia Berhad.
Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Tujuan utama kajian ini dijalankan ialah untuk menentukan tahap komitmen
keorganisasian dan perkaitan komitmen keorganisasian dengan pembolehubah kajian di
kalangan staf di Bahagian Teknologi Maklumat, Telekom Malaysia Berhad Kajian juga
bertujuan untuk mengenalpastt peramal yang signifikan kepada komitmen keorganisasian
di kalangan staf Bahagian Teknologi Maklumat, menentukan perkaitan pembolehubah
kajian dengan komitmen keorganisasian setelah mengawal pembolehubah timbalbalas
sosial, menentukan pengaruh pembolehubah perantara ke atas hubungan pembolehubah
kajian dengan komitmen keorganisasian dan menentukan sama ada model komitmen
keorganisasian De Cotus dan Summers (1987) merupakan kerangka kajian yang sesuai
untuk mengkaji komitmen keorganisasian di kalangan staf Telekom Malaysia Berhad
serta menghasilkan suatu model pilihan komitmen keorganisasian yang lebih
komprehensif dalam konteks Malaysia Sejumlah 292 staf daripada kumpulan eksekutif dan buan eksekutif di enam Bahagian
Teknologi Maklumat telah dikaji. Kajian menggunakan soal selidik secara berstruktur
dan ditadbir sendiri oleh responden.
Kajian ini mendapati tahap komitmen keorganisasian di kalangan staf Bahagian
Teknologi Maklumat adalah sederhana. Kajian juga mendapati komitmen keorganisasian
mempunyai perkaitan yang positif dan signifikan dengan pembolehubah kriteria
organisasi, umur, tempoh khidmat di Telekom Malaysia Berhad dan Bahagian
Teknologi Maklumat, kepuasan kerja, kriteria kerja, nilai dan etika Islam dan kriteria
bukan berkaitan kerja. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pembolehubah perantara
timbalbalas sosial berupaya memberi pengaruh kepada hubungan pembolehubah kajian
dengan komitmen keorganisasian. Penemuan kajian juga mendapati perkaitan
pembolehubah kajian dengan komitmen keorganisasian adalah positif dan signifikan
setelah mengawal pembolehubah perantara timbalbalas sosial.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |