UPM Institutional Repository

Persepsi Guru-Guru Terhadap Peranan Sekolah dalam Menggalakkan Penglibatan Keluarga


Citation

Ghani, Rosninah (1999) Persepsi Guru-Guru Terhadap Peranan Sekolah dalam Menggalakkan Penglibatan Keluarga. [Project Paper Report]

Abstract

Kajian berbentuk deskriptif ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti peranan sekolah di dalam menggalakkan penglibatan keluarga,. Kajian berbentuk deskriptif ini menggunakan soalselidik sebagai instrumen untuk mendapatkan persepsi guru-guru sekolah rendah terhadap (1) peranan sekolah di dalam menggalakkan penglibatan keluarga (2) kaedah yang digunakan untuk berkomunikasi dengan keluarga (3) isu-isu yang sering dibincangkan bersama keluarga dan (4) tahap penglibatan keluarga terhadap aktiviti-aktiviti pembelajaran anak-anak. Pemilihan sampel ialah melalui kaedah persampelan kelompok. Sebanyak 18 buah sekolah rendah telah dipilih. Seramai 304 orang guru daripada 18 buah sekolah yang dipilih terlibat sebagai responden kajian. Statistik deskriptif dengan menggunakan frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai untuk menganalisis data. Hasil daripada kajian yang telah dijalankan adalah seperti berikut: (1) sekolah ada menjalankan aktiviti yang menggalakkan penglibatan keluarga mengikut enam jenis penglibatan keluarga dari model Epstein walau bagaimanapun aktiviti yang dijalankan adalah terhad (2) Sekolah kerap menggalakkan keluarga untuk menyumbangkan idea dan terlibat di dalam membuat keputusan (3) Sekolah menggalakkan keluarga untuk kerap berkomunikasi dengan pihak sekolah tetapi sekolah tidak berusaha untuk mempelbagaikan kaedah yang digunakan (4) Isu-isu yang dibincangkan di antara pihak sekolah dan keluarga tertumpu pada persekitaran sekolah berbanding dengan akademik pelajar (5) Sekolah menggalakkan keluarga untuk melibatkan diri di dalam aktiviti-aktiviti di luar kelas dan pembelajaran di rumah berbanding dengan aktiviti-aktiviti di dalam kelas (6) Sekolah ada memainkan peranan untuk mendekati keluarga yang tidak melibatkan diri di dalam aktiviti-aktiviti di sekolah (7) Faktor-faktor yang berkaitan dengan masalah kerjasama, jarak, masa, SES, politik dan budaya, kemudahan infrastruktur, taraf pendidikan keluarga serta sikap pentadbir merupakan halangan kepada penglibatan keluarga (8) Sekolah tidak memainkan peranan yang lain di dalam menggalakkan penglibatan keluarga selain dari enam jenis penglibatan keluarga dari model Epstein


Download File

[img] PDF
FPP_1999_66_A.pdf

Download (874kB)

Additional Metadata

Item Type: Project Paper Report
Subject: Parent - Teacher relationships - Malaysia
Subject: Education - Malaysia
Call Number: FPP 1999 66
Chairman Supervisor: Dr. Foo Say Fooi
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Laila Azwa Ramli
Date Deposited: 12 Jan 2011 00:59
Last Modified: 25 Jul 2011 08:28
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9173
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item