Mohd Sheikh, Abu Bakar (1999) Penguasaan Bahasa Melayu dan Pengaruh Sikap ke Atas Penguasaan Tatabahasa Bahasa Melayu di Kalangan Pelatih Maktab Perguruan. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
| PDF 805Kb |
Abstract
Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk menentukan penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelatih maktab perguruan dan meneroka pengaruh sikap terhadap penguasaan tatabahasa bahasa Melayu. Pendekatan kajian yang digunakan ialah korelasi dan 'Ex-post Facto' di mana seramai 400 orang responden yang terdiri daripada guru pelatih tahun akhir yang mengikuti kursus asas perguruan di lapan buah Maktab Perguruan. Data diperoleh dengan menggunakan Soal Selidik dan Ujian Khas Tatabahasa. Dapatan kajian ini mendapati bahawa penguasaan tatabahasa bahasa Melayu di peringkat SPM edalah pelbagai tetapi tidak ada perbezaan di kalangan lelaki dan perempuan. Yang berbeza ialah di kalangan bangsa dan status sosioekonomi. Selain itu, sikap guru pelatih didapati mempunyai pengaruh yang rendah dan sederhana ke atas penguasaan tatabahasa semasa di maktab. Berdasarkan dapatan ini, beberapa cadangan yang praktikal disarankan agar pelatih menguasai tatabahasa bahasa Melayu.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Subject: | Student teachers - Malaysia - Attitudes |
| Subject: | Malay language - Study and teaching |
| Chairman Supervisor: | Associate Professor Dr. Abd. Majid Bin Mohd. Isa |
| Call Number: | FPP 1999 61 |
| Faculty or Institute: | Faculty of Educational Studies |
| ID Code: | 9168 |
| Deposited By: | Laila Azwa Ramli |
| Deposited On: | 11 Jan 2011 14:36 |
| Last Modified: | 11 Jan 2011 14:37 |
Repository Staff Only: item control page