Samsudin, Sharifa (1999) Tingkah Laku Pengurusan Pengetua Wanita di Daerah Tawau dan Kaitannya dengan Keberkesanan Kepemimpinan Sekolah Menengah. Masters project report, Universiti Putra Malaysia.
|
PDF
830Kb |
Abstract
Keupayaan kaum wanita untuk muncul sebagai pengurus dan pemimpin di sekolah tidak dapat dipertikaikan lagi. Kajian ini cuba melihat apakah tingkah laku pengurusan yang diamalkan oleh pengetua wanita. Secara khusus kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti (1) tingkah laku pengurusan pengetua wanita; (2) tingkah laku pengurusan pengetua wanita dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar dalam SPM; (3) stail kepemimpinan pengetua wanita mengikut skor LPC; (4) melihat perbezaan persepsi guru mengikut jantina terhadap tingkah laku pengurusan pengetua wanita. Untuk kajian ini seramai 160 orang responden telah dipilih secara rawak daripada empat buah sekolah di daerah Tawau. Data dikutip melalui soal selidik. Analisis data adalah menggunakan pakej SPSS (Statistical Packages for the Social Science). Dapatan kajian menunjukkan tingkah laku pengurusan pengetua wanita amat menitikberatkan pencapaian matlamat yang perlu dicapai untuk kecemerhlngan sekolah. Stail kepemimpinan pengetua wanita digambarkan kurang memberi perhatian kepada pendekatan motivasi perhubungan samada dengan guru ataupun murid. Namun keberkesanan kepemimpinan pengetua wanita di daerah Tawau dapat dilihat melalui kemampuan mereka meningkatkan pencapaian akademik pelajar dalam peperiksaan SPM untuk tahun 1995 hingga 1997.
| Item Type: | Project Paper Report |
|---|---|
| Subject: | Women school principals - Sabah |
| Subject: | Women school administrators - Sabah |
| Subject: | Leadership |
| Chairman Supervisor: | Profesor Madya Dr. Zaidatol Akmaliah Lope Pihie |
| Call Number: | FPP 1999 57 |
| Faculty or Institute: | Faculty of Educational Studies |
| ID Code: | 9165 |
| Deposited By: | Laila Azwa Ramli |
| Deposited On: | 11 Jan 2011 03:27 |
| Last Modified: | 25 Jul 2011 08:26 |
Repository Staff Only: item control page
Document Download Statistics
This item has been downloaded for since 11 Jan 2011 03:27.