Osman, Abd. Aziz (1999) Perhubungan Antara Stail Kepemimpinan Ketua Bidang dengan Kepuasan Kerja Guru-Guru Mata Pelajaran Teknik dan Vokasional. Masters project report, Universiti Putra Malaysia.
| PDF 489Kb |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk melihat jenis-jenis stail kepemimpinan yang digunapakai oleh Ketua Bidang - Ketua Bidang Teknik dan Vokasional di daerah Kuala Langat - Sepang dan seterusnya melihat perhubungan stail kepemimpinan Ketua Bidang Teknik dan Vokasional dengan kepuasan kerja guru-guru yang mengajar mata pelajaran teknik dan vokasional di daerah Kuala Langat - Sepang Selangor Darul Ehsan. Seramai 9 orang Ketua Bidang Teknik dan Vokasional serta 64 orang guru yang mengajar mata pelajaran teknik dan vokasional yang melibatkan 9 buah sekolah di seluruh daerah Kuala Langat - Sepang telah terlibat di dalam kajian ini. Borang-borang soal selidik dari kesemua responden berkenaan merangkumi perlatan "Job Descriptive Index (JDI)" bagi membolehkan data penting berkenaan demografi, stail kepemimpinan dan kepuasan kerja dapat diperolehi. Borang-borang soal selidik diedarkan dengan dua cara iaitu penghantaran melalui pos dan pengedaran terus kepada responden. Seterusnya data-data yang telah dikumpul diproses menggunakan "Statistical Package For The Sosial Science (SPSS)". Kajian ini telah menunjukkan keempat-empat corak atau stail kepemimpinan iaitu mengarah, menyokong, partisipatif dan beroreintasikan kejayaan tetah digunapakai oleh ketua-ketua bidang Teknik dan Vokasional di daerah Kuala Langat - Sepang. Dari keempat-empat stail kepemimpinan itu, stail kepemimpinan yang bercorak beroreintasikan kejayaan adalah yang paling disukai oleh guru-guru mata pelajaran teknik dan vokasional , diikuti oleh stail kepemimpinan bercorak menyokong dan seterusnya stail kepemimpinan bercorak partisipatif. Manakala stail kepemimpinan yang paling tidak disukai ialah stail kepeimpinan yang bercorak mengarah (veto).
| Item Type: | Project Paper Report |
|---|---|
| Subject: | Teacher - Administrator relationships |
| Subject: | Teachers - Job satisfaction - Malaysia |
| Subject: | Leadership |
| Chairman Supervisor: | Associate Professor Dr. Abd. Patah bin Abd. Malek |
| Call Number: | FPP 1999 55 |
| Faculty or Institute: | Faculty of Educational Studies |
| ID Code: | 9163 |
| Deposited By: | Laila Azwa Ramli |
| Deposited On: | 11 Jan 2011 11:08 |
| Last Modified: | 25 Jul 2011 16:07 |
Repository Staff Only: item control page