Simple Search:

Keperluan Latihan di Kalangan Guru Bukan Siswazah (BS) Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)


Citation

Ahmad, Rosli (1999) Keperluan Latihan di Kalangan Guru Bukan Siswazah (BS) Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). [Project Paper Report]

Abstract / Synopsis

Analisis keperluan latihan di kalangan guru bukan siswazah (BS) Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dilaksanakan selaras dengan perancangan dan misi pendidikan masa depan JAIS. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti pengetahuan, kemahiran dan sikap guru BS yang diperlukan dalam menjayakan misi pendidikan JAIS. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti kecukupan kemahiran dan keperluan latihan guru BS yang mengajar di Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Sekolah Agama Menengah (SAM). Seterusnya kajian ini dibuat untuk melihat perbezaan tanggapan antara guru BSSRA dan guru BSSAM terhadap tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap ke atas peranan mereka sebagai guru. Kajian ini adalah berdasarkan tugas-tugas guru BS yang tertumpu kepada tugas-tugas perguruan. Responden terdiri daripada 215 guru BS SRA dan 76 guru BS SAM. Dua komponen digunakan dalam kajian ini iaitu perkaitan keperluan latihan dengan tugas dan kemahiran atau kecekapan yang dimiliki guru BS. Keutamaan latihan dikategorikan mengikut gabungan skor purata komponen 'perkaitan dengan tugas' dan 'kekurangan kemahiran'. Darjah keperluan latihan yang tinggi ditunjukkan oleh pasangan skor 'perkaitan keperluan latihan dengan tugas' dan skor 'kekurangan kemahiran' yang tinggi.


Download File

[img] PDF
FPP_1999_48_A.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Project Paper Report
Subject: Teachers - Training of - Malaysia
Call Number: FPP 1999 48
Chairman Supervisor: Shamsuddin Ahmad, Ed.D.
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Laila Azwa Ramli
Date Deposited: 11 Jan 2011 10:44
Last Modified: 09 Aug 2011 10:07
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9157
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item