Yahaya, Azizi (1999) Keberkesanan Pelaksanaan Program Kemahiran Hidup di Sekolah-Sekolah Menengah di Malaysia Berdasarkan Model Penilaian Konteks, Input, Proses dan Produk. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.
|
PDF
800Kb |
Abstract
Tujuan kajian ini ialah untuk menilai keberkesanan pelaksanaan program Kemahiran Hidup berdasarkan model penilaian KIPP (Konteks, Input, Proses dan Produk) oleh Stufflebeam (1971). Dalam kajian ini, keberkesanan pelaksanaan Kemahiran Hidup dinilai dari segi (1) dimensi konteks (kerelevanan objektif Kemahiran Hidup dengan Falsafah Pendidikan Negara, permasalahan sebelum pelaksanaan Kemahiran Hidup dan sikap dan kesediaan guru terhadap perubahan dalam Kemahiran Hidup); (2) dimensi input (keyakinan guru mengajar, kemahiran dan pengetahuan guru, peralatan, bengkel, kemudahan, jadual waktu, peruntukan kewangan, latihan dan sokongan pengetua); (3) dimensi proses (strategi pengajaran dan pembelajaran guru-guru Kemahiran Hidup, dan cara guru menilai kerja-keIja projek pelajar); dan (4) dimensi produk (hasil perubahan sikap pelajar, pencapaian dan objektif Kemahiran Hidup). Soalselidik digunakan untuk tujuan kajian ini dan dibentuk berdasarkan model KIPP oleh Stufflebeam. Soalselidik diedarkan melalui pos dan juga die dar sendiri oleh penyelidik di Selangor, N.Sembilan, Kelantan, Pulau Pinang dan Johor. Seramai 250 orang guru dan 150 pelajar menjadi responden dalam kajian. Kebolehpercayaan soalselidik berdasarkan kepada setiap dimensi yang terdapat dalam model KIPP ialah melebehi daripada 0.7. Statistik deskriptif seperti frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai digunakan untuk tujuan kajian ini.
| Item Type: | Thesis (PhD) |
|---|---|
| Subject: | Life skills - Study and teaching (Secondary) - Malaysia - Evaluation |
| Chairman Supervisor: | Associate Professor Hj. Turiman Suandi, PhD |
| Call Number: | FPP 1999 45 |
| Faculty or Institute: | Faculty of Educational Studies |
| ID Code: | 9156 |
| Deposited By: | Laila Azwa Ramli |
| Deposited On: | 11 Jan 2011 02:41 |
| Last Modified: | 11 Jan 2011 02:43 |
Repository Staff Only: item control page
Document Download Statistics
This item has been downloaded for since 11 Jan 2011 02:41.